Info Menarik, Pilihan

[ Edisi Lawak ] 10 status di Facebook yang sangat menjengkelkan

Malisa Aina
/
love writing and Netflix so much
[ Edisi Lawak ] 10 status di Facebook yang sangat menjengkelkan
love and hate quote
love and hate quote

Pernahkan anda terbaca status yang menjengkelkan di Facebook? Kadang-kala status yang ditulis oleh sesetengah rakan kita di Facebook agak menjengkelkan sehingga kita hide atau unfriend individu tersebut. Perkara ini selalu terjadi pada penulis dan bila sudah menyampah, apa lagi terus unfriend. Senang, habis cerita.

Kami senaraikan antara status di Facebook yang boleh menyampahkan dan menjengkelkan orang ramai

1. Check in kat pusat beli belah dengan status ‘shopping untuk hilangkan stress’ atau ‘ahhh hari-hari shopping, habislah duit’. Pelik individu sebegini, semuanya mahu ditulis. Tidak tahu apa tujuan mereka, tapi yang lebih teruk lagi bila ambil gambar beg plastik shopping dan tayang jenama, malah ada yang tayang tanda harga.

2. Apabila individu tangkap gambar sendiri seperti buat muka comel baru bangun tidur, mulut dimuncungkan dengan caption ‘muka baru bangun tidur, tanpa mekap, mata sembap sebab tak cukup tidur’. Mungkin individu tersebut mahukan perhatian sebab itu sampai tulis status sedemikian malah harapkan orang komen seperti ‘eh u still nampak comel la, nampak muda la dari umur sebenar’. 

3. Apabila individu yang asyik ambil gambar anak dan tulis status seperti ‘alahai anak mama makin nakal, suka sepahkan rumah’, masalahnya setiap hari update status pasal anak, anak dan anak. Anak makan, anak baru lepas mandi, anak sedang tidur, kiranya setiap perbuatan si anak mahu tulis di Facebook.

4. Ada juga individu yang sempat check in di hospital dan tulis status berbunyi ‘ayat sendu suruh doakan anak, suami, saudara mara’, yang peliknya sempat pula update status di Facebook bila keadaan genting berlaku. Tak logik betul!

5. Setiap pagi mesti ada individu yang sempat ambil gambar pegang stereng kereta dan update status seperti ‘jalan jem lagi hari ni’ atau ‘letihlah hari-hari macam ni’, sebenarnya apa tujuan mereka tulis status sedemikian. Mungkin mereka ini inginkan perhatian.

6. Ada juga individu yang kerap kali update status tetapi masalahnya ialah penggunaan bahasa yang kurang difahami, bahasa pelat. Sebagai contoh ‘sayang jadi syunk’, ‘kita jadi kitew atau itew’, ‘makan jadi mamam’, rupanya jadi upenye’. Rosak bahasa kalau terus begini.

7. Bila individu yang sentiasa update status berkaitan hal kerohanian contohnya seperti ‘alhamdullillah hari ni rezeki melimpah ruah, semoga hari esok juga begitu’, ‘setiap hari ada saja dugaannya, kuatkanlah diriku ini’. Kiranya begitulah bunyi status. Masalahnya, bila ada yang komen, individu tersebut tidak mahu beritahu pula apa yang berlaku, sedangkan status punyalah. Hurmmm…

IKLAN

8. Bila ada individu yang update status seperti ambil gambar makanan siap caption berbunyi ‘hari ni masak telur goreng dengan sardin saja, syukur nikmat’, alahai macam ini pun ada juga rupanya. Hurmmm.

9. Ada juga status seperti check in di tempat percutian yang agak mewah seperti luar negara dan update ‘best giler tempat ni, nyaman dan tenteram je’ atau status update check in setiap kali ke sesuatu tempat. Boleh dikatakan agak menjengkelkan pada orang yang membacanya. Bila anda update sebegini, ada orang yang berpendapat anda hanya mahu menunjuk sahaja. Jadi, hentikanlah.

10. Berbalik pada status check in di pusat beli belah, ini pula individu yang suka update status ambil gambar koleksi barang peribadi seperti baju, kasut, aksesori, beg tangan dan tulis ‘terima kasih sang boyfriend sebab habiskan duit kat i’, ‘kesian teman lelaki i keje penat-penat, i tukang habiskan duit dia’. Pernah bukan? Yang jadi menjengkelkan ialah bila anda ambil gambar barang peribadi dan tulis teman lelaki, orang jadi menyampah bila baca.

Mungkin anda boleh kongsikan antara status yang anda rasa agak menjengkelkan dan tidak patut berada di Facebook.

IKLAN