Kesihatan, Pilihan

[ Penting ] 5 Penyakit Yang Perlu Diawasi Semasa Musim Hujan Dan Banjir

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Penting ] 5 Penyakit Yang Perlu Diawasi Semasa Musim Hujan Dan Banjir

Hujan tanpa henti di sesetengah tempat sehingga menyebabkan banjir turut memberi impak kepada kesihatan kita. Ini kerana keadaan persekitaran yang tidak bersih menyebabkan makanan dan minuman mudah tercemar.

Apabila musim hujan , penyakit berjangkit akan meningkat dan yang mempunyai penyakit kronik pula akan menjadi parah jika tidak diawasi. Berikut adalah 5 jenis penyakit yang perlu diawasi semasa musim hujan dan banjir.

Cirit-birit

Sumber : Yahoo
Sumber gambar : Yahoo

Penyakit cirit-birit biasanya dikaitkan dengan kebersihan makanan dan minuman . Untuk mengelakkan dari terkena penyakit cirit-birit , pihak kementerian kesihatana menyarankan agar masyarakat membiasakan diri mencuci tangan dengan sabun setiap kali makan dan selepas buang air besar serta mengambil air minum yang benar – benar masak. Jika terkena cirit-birit :

  • Banyakkan meminum air bagi menggantikan cecair badan yang hilang. Garam ORT juga dapat membantu
  • Minum teh kosong tanpa gula juga boleh melegakan cirit birit
  • Elakkan pengambilan susu ketika cirit birit
  • (Ketika cirit birit, dinasihatkan supaya kita minum secara sedikit-sedikit daripada meminum air dengan banyak dalam satu masa, ini kerana perut kita yang kejang tidak menerima air yang banyak dalam satu masa dan akan menyebabkan kita muntah)

Demam denggi

denggi

Air banjir akan berpotensi menjadi sarang nyamuk Aedes Aegypti yang membawa penyakit demam denggi. Pastikan anda lakukan teknik 3M , iaitu menanam tin – tin dan bekas kosong supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk, longkang tempat takungan air dan menutup rapat tempat simpanan air bersih.  Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah – break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah – pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh.

BACA  Mr. Dengue, Pembawa Penyakit Denggi Merbahaya Di Kalangan Rakyat Malaysia

Jika terkena demam denggi :

1.Memberi minum sebanyak-banyaknya dengan air yang sudah dimasak, seperti air susu, teh, atau air minum lain.

2. Sementara itu si pesakit juga boleh diberikan air sejuk dan diberi ubat seperti parasetamol.

3. Si pesakit harus segera di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

 4. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk.

5. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya

Leptospirosis/ Penyakit kencing tikus

Sumber gambar : rakan1klik.blogspot.com
Sumber gambar : rakan1klik.blogspot.com

Ada banjir , ada tikus . Maka penyebaran penyakit Leptospirosis ini sangat terdedah hubungannya dengan haiwan seperti tikus . Biasanya penyakit ini timbul akibat pencemaran tahi atau urine tikus ke dalam air banjir . Manusia boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari, atau melalui sentuhan luka pada kulit. Tanda seseorang terkena penyakit ini adalah apabila warna kulit kekuningan disertai dengan cirit-birit.

BACA  Awasi Anak, Penyakit Kaki, Tangan & Mulut Meningkat Semula

Jika terkena :

1. Rawatan Leptospirosis merupakan proses agak rumit terdiri daripada dua komponen utama: memendam agen penyebab dan melawan kemungkinan komplikasi.

2. Penjagaan organ khusus dan rawatan adalah penting bagi kes buah pinggang, hati, atau pembabitan jantung.

Jangkitan pernafasan akut ( ISPA ) / Bronchitis 

Sumber gambar : uum-c26.blogspot.com
Sumber gambar : uum-c26.blogspot.com

Mangsa banjir yang dipindahkan ke bilik rawatan yang dikongsi  juga terdedah dengan penyakit. Salah satunya adalah jangkitan saluran pernafasan akut ( ISPA ) . Peredaran udara yang tidak sihat di dalam bilik yang penuh orang akan menjadi ruang di mana pelbagai virus dan bakteria membiak dan menyerang pernafasan . Tanda seseorang terkena penyakit ini adalah batuk , sesak nafas , sakit dada dan demam .

Alahan dan Gatal di kulit

Sumber gambar : Utusan.com.my
Sumber gambar : Utusan.com.my

Penyakit ini timbul akibat air banjir yang kotor dan tercemar pelbagai kotoran . Dengan itu , disyorkan untuk tidak melakukan aktiviti di waktu banjir . Alahan dan gatal ini ditandai dengan bintik – bintik merah di kulit dan gatal seluruh badan.

Dengan menjaga kebersihan di musim hujan dan banjir , boleh meminimumkan kemungkinan penyebaran penyakit berjangkit ini . Sangat disyorkan untuk segera melakukan pemeriksaan dan rawatan apabila terdapat tanda – tanda penyakit di atas .

Komen Anda