Sesuatu yang sungguh menjijikkan apabila pizza yang anda makan ternyata punya bahan-bahan seperti ular dan kaki katak. Hal ini terjadi pada sebuah restoran terletak di Florida yang popular di kalangan penduduk tempatan dan antarabangsa kerana menawarkan hidangan istimewa, pizza ular sawa dan kaki katak. Restoran yang dikenali sebagai Restoran Evan itu mengimport daging reptilia dari Vietnam. Selain ular sawa, premis tersebut turut menawarkan pizza daging buaya. Walaubagaimanapun, pelanggan restoran tersebut perlu membayar dua atau tiga kali ganda lebih tinggi daripada pizza biasa untuk hidangan eksotik.
Untuk pengetahuan anda, harga pizza di restoran tersebut bergantung pada harga pasaran semasa daging ular sawa. Selalunya pizza ular sawa bersaiz 35 cm dijual pada harga RM171. Pelanggan yang mahu membeli pizza tersebut juga diminta membuat tempahan melalui telefon bagi memastikan bekalan mencukupi. -KOSMO