Bila sudah terdesak inginkan pasangan hidup, pelbagai perkara merepek sanggup dilakukan, tak kurang pula si lelaki ini Gerald Abrahams yang sanggup membawa sepanduk bagi mencari seorang wanita yang sudi untuk dijadikan kekasihnya.
Abrahams lelaki bujang berusia 39 tahun dilihat merayau-rayau di sekitar kota raya dengan membawa sepanduk yang tertera ayat yang menyatakan hasratnya untuk dijadikan kekasih.
Walaubagaimanapun, lelaki ini boleh dikatakan sangat cerewet kerana dia hanya mahu mencari wanita yang berambut perang sahaja untuk dijadikan kekasihnya. Abrahams pernah memberitahu stesen radio Absolute bahawa dia tidak menyukai laman mencari kekasih di internet. Menurut Abrahams, saya perlu melakukan sesuatu yang lebih kreatif untuk mencari kekasih. – Metro.co.uk