Berdasarkan laporan surat khabar Harian Metro, seorang isteri tidak sanggup lagi menjadi mangsa deraan seksual suaminya yang boleh dikatakan seperti binatang. Wanita memberitahu bahawa suaminya memaksa dia melakukan hubungan seks dengan seorang remaja berusia 15 tahun. Kejadian berlaku di Arau, Perlis.
Bukan itu sahaja, dalam kejadian yang berlaku jam 3 petang pada 1 Januari lalu, si suami turut membantu remaja terbabit merogol mangsa yang sedang hamil apabila wanita berkenaan meronta. Malah menurut mangsa, suaminya itu turut merakam aksi hubungan seksnya dengan remaja yang juga sepupu suaminya.
“Selepas itu dia (suami) pula melakukan hubungan seks secara paksa dengan saya,” katanya lagi.
Berikutan kejadian itu, Nora membuat laporan di Balai Polis Arau pada hari yang sama, menyebabkan suaminya yang berusia 22 tahun serta remaja terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.