Anda masih ingat lagi pasangan suami isteri melayu yang sanggup membela kira-kira 700 ekor anjing dan 100 ekor kucing terbiar di kabin milik mereka. Untuk pengetahuan anda, pasangan ini kini sedang berusaha mencari sebidang tanah yang baru untuk menempatkan rumah perlindungan haiwan itu yang menempatkan kira-kira 800 ekor haiwan berkenaan.
Pasangan Suami Isteri Melayu Bela 700 Ekor Anjing Dan 100 Ekor Kucing ( 4 Gambar )
Muhammad Azmi Ismail atau dikenali sebagai Pak Mie dan isterinya Halijah Idris atau Mak Intan terpaksa berbuat demikian kerana mereka diperintahkan keluar dari tanah sedia ada oleh Majlis Bandaraya Alor Star (MBAS). Tempoh tiga bulan yang diberikan MBAS secara rasminya tamat semalam dan kini terpaksa membersihkan tempat perlindungan yang dibina di tebing sungai itu dan mengosongkannya.
Semalam MBAS telah memberikan amaran terakhir untuknya meninggalkan Tanjung Bendahara.
“Mengapa pihak majlis (MBAS) menghantar pegawai pada Oktober lalu agar saya menaik taraf pusat perlindungan ini dengan bumbung, lantai simen, sistem saliran dan tangki septik apabila ia akan menghalau saya dan semua haiwan keluar selepas tiga bulan? Siapa yang akan melakukan semua ini jika ia hanya untuk tempoh tiga bulan?
“Memang benar bahawa majlis (MBAS) itu tidak pernah memberikan saya apa-apa dalam bentuk hitam putih (bertulis) mengenai perkara ini, tetapi saya percaya bahawa ia akan membolehkan saya diberi lebih banyak masa daripada tempoh pendek hanya tiga bulan,” katanya.
Pak Mie berkata beliau sudah mengetahui satu hari nanti beliau dan isterinya perlu berpindah dan mencari lokasi baru bagi menempatkan anjing dan kucing jagaannya itu. Menurutnya lagi, untuk mendapatkan tanah dan membelinya bukan suatu perkara yang mudah, tanah yang sesuai mesti jauh dari kawasan kediaman orang lain melihatkan keadaan kami sebegini.
“Jika saya boleh memperoleh dana, saya ingin mendapatkan 50 ekar tanah dan membina rumah perlindungan di tengah-tengah kawasan itu. Saya akan membiarkan kawasan sekeliling kosong bagi mengelakkan sebarang aduan daripada pemilik tanah berhampiran,” kata Pak Mie yang juga merupakan bekas kontraktor.
Sebelum ini sahaja, Pak Mie telah membeli tanah di Kuala Nerang dengan menggunakan wang sumbangan untuk menubuhkan tempat perlindungan haiwan yang baru dan merancang berpindah ke sana tahun lepas. Walaubagaimanapun, perancangannya tergendala apabila penduduk kampung berdekatan membantah.
“Penduduk kampung di situ adalah orang Melayu. Saya juga seorang Melayu dan saya faham perasaan mereka. Saya tahu tidak guna cuba mengubah fikiran mereka. Selain itu, saya juga tidak mahu mengambil sebarang risiko dengan keselamatan anjing-anjing saya. Menurutnya lagi, meminta agar sesiapa yang mempunyai masalah dengannya agar datang berjumpa dan bercakap sendiri sebelum membuat sebarang aduan. Bicara secara baik.
Walaupun Pak Mie dan isteri terpaksa keluar tetapi mereka nekad melindungi haiwan-haiwan yang ada. Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Star, Gooi Hsiao Leung terkejut dengan berita yang diterima dan akan berusaha membantu Pak Mie. – VIA