Cinta & Perhubungan, Fesyen, Tips

[ Tips Perhubungan ] Idea barangan hantaran pertunangan atau perkahwinan!

Avatar
/
[ Tips Perhubungan ] Idea barangan hantaran pertunangan atau perkahwinan!

DSC_5839

Amalan berbalas barang hantaran adalah adat Melayu yang menandakan kasih sayang di antara kedua-dua pihak keluarga. Lazimnya, barang hantaran diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan lebih sikit daripada pihak lelaki misalnya 5 dulang untuk pihak lelaki dan 7 dulang pula bagi pihak perempuan.

Bajet untuk memberi barang-barang ini pula lebih bagi pihak lelaki kerana adanya peruntukan untuk sebentuk cincin pertunangan, hadiah tanda mas kahwin atau barang kemas. Sirih junjung atau sirih dara, tepak sirih, bunga rampai, Al-Quran adalah antara barang-brang yang memang wajib sebagai barang hantaran.

Jika anda sudah kehabisan idea untuk memikirkan barang hantaran, kami ada beberapa idea yang mahu dikongsikan dengan anda dan pasangan. Semoga idea ini sedikit sebanyak dapat membantu ringankan beban anda untuk berfikir ya!

Bagi Pihak Perempuan

Jam tangan

IMG_6812

  • Biasanya memang orang akan berikan jam tangan sebagai barang hantaran. Jam tangan dah jadi macam barang wajib sebagai barang hantaran. Jadi tidak ada masalah jika anda pilihan jam tangan couple yang cantik. Mahal sedikit tidak mengapa kot, sebagai tanda hadiah kahwin juga kan :)

Gajet ( Telefon bimbit, PDA, iPad, Notebook)

IKLAN
  • Kalau si dia gemarkan gajet, apa salahnya kalau anda jadikan gajet sebagai salah satu barang hantaran untuknya. Tapi biasanya orang jarang berikan gajet kerana ianya mudah rosak.

Kasut dan Stokin

kasut1

  • Ini pun salah satu barang yang sangat popular kalau nak dijadikan sebagai barang hantaran. Tapi mestilah satu set, janganlah bagi kasut tanpa stokin atau stokin tanpa kasut pula! Biarlah lengkap kan cantik sikit nampaknya.

Beg

  • Kalau si dia adalah bakal doktor atau peguam, apa salahnya jika anda berikan beg untuk si dia bawa ke tempat kerja. Setiap kali dia bawa ke tempat kerja pasti dia akan sentiasa teringatkan anda. Biarpun berpisah di siang hari, namun anda tetap dihati dan sentiasa bersamanya. Bertambah erat nanti hubungan anda berdua tau!

Perfume

  • Segelintir lelaki sangat gemarkan perfume. Jika anda tahu apa bau kegemaranya atau anda mendapat hint dari si dia, pandai-pandailah anda ye!

Skincare

hantaran kahwen amenjat 015

  • Penjagaan muka adalah sangat penting, bukan untuk wanita sahaja malah lelaki juga sama. Anda pasti tidak mahu muka si dia kelihatan berminyak dan comot bukan? Jadi apa salahnya jika hadiahkan si dia satu set skincare buatnya.

Tali pinggang & Wallet

  • Tali pinggan dan wallet, antara barang hantaran yang paling popular dari dulu hingga sekarang. Hampir semua orang hadiahkan barang ini buat pasangan mereka. Kalau si dia suka bertukar-tukar tali pinggang dan mengumpul wallet, okay juga jadikan sebagai barang hantaran.

Kaca mata hitam

man kawin n hantaran 037

  • Jika si dia adalah seorang yang sangat suka bergaya, kaca mata hitam adalah satu salah baru yang sangat sesuai dijadikan sebagai barang hantaran. Pasti anda suka lihat si dia kelihatan kemas, bergaya dan kacak bukan?

Barangan kelab bola sepak kegemarannya

  • Berikan barangan kelab bola sepak kegemarannya sebagai barang hantaran! Mungkin perkara ini jarang kita dengar tetapi ianya agak lain dari yang lain bukan? Mungkin anda boleh mengumpul satu set barangan Chelsea jika dia sukakan Chelsea.

Bagi Pihak Lelaki

Cincin

frm-camera-547

  • Biasanya cincin adalah satu satu barang yang wajib sebagai hantaran (dikira mas kahwin). Sebab biasanya orang jadikan cincin sebagai mas kahwin daripada berikan wang ringgit.

Beg tangan

  • Beg tangan juga antara barang yang popular dijadikan sebagai barang hantaran. Tidak kisah la jenama apa pun, asalkan cantik di mata anda dan yang penting si dia suka akan beg tersebut.

Barangan Make-up

P8230758

  • Salah satu barang kegemaran wanita! Kalau anda tahu jenama apa kegemarannya, pastikan anda pilih dengan bijak. Jika terlalu mahal pun membazir juga. Belilah ikut kemampuan dan jangan terlalu bazirkan duit ya!

Kasut

  • Biasanya orang berikan kasut tumit tinggi atau wedges sebagai hantaran. Bolehlah si dia pakai ketika makan malam bersama anda selepas kahwin nanti kan!

Selendang

  • Selendang adalah salah satu barang yang sesuai dijadikan sebagai barang hantaran. Jika pasangan anda bertudung, dia boleh memakainya dan sekiranya tidak, dia juga boleh memakainya di pejabat!

Jam tangan

  • Sama juga seperti lelaki, jam adalah barang yang sesuai dijadikan sebagai hantaran. Dan biasanya, jam yang dijadikan sebagai barang hantaran dibeli secara berpasangan (maksudnya jam untuk couple la).

Perfume

2279196844_b6979c956f_z

  • Belikan perfume kesukaan anda atau si dia. Mesti dia akan pakai kalau anda sukakan bau tersebut kerana dia hanya pakai untuk anda juga kan? Untuk tarik perhatian anda juga. Jadi buat pilihan dengan bijak ya!

Skincare

  • Kita semua tahu, wanita dengan barang kecantikan memang tidak boleh dipisahkan. Sama juga macam wanita dengan barang kemas! Jika anda tahu apa kegemarannya, pastikan anda buat pilihan yang betul dan tepat!

Telekung & sejadah

  • Ini juga merupakan salah satu barang yang popular untuk dijadikan sebagai hantaran. Sebagai umat Islam, dua barang ini merupakan barang penting dalam kehidupan harian kita. Jadi apa salahnya belikan si dia sepasang telekug yang baru dan cantik. Sejuk mata anda memandang juga kan?

Gajet ( Telefon bimbit, PDA, iPad, Notebook)

man kawin n hantaran 036

  • Sama juga dengan lelaki, ada juga wanita yang gemarkan gajet. Tetapi biasanya gajet jarang dijadikan sebagai barang hantaran kepada perempuan.

P/S : Biasanya barang hantaran dibeli oleh tuan empunya badan sendiri dan barang-barang tersebut ditukar dengan pasangan masing-masing. Mudah dan senang. Tak banyak hal nak fikir apa nak dibeli dan tak perlu risau kalau tak suka atau tak sesuai kerana barang tersebut sudah tentunya adalah barangan pilihan masing-masing kan!

 

IKLAN