Info Menarik, Pilihan

Gambar taman bunga tulip terbesar di dunia di Keukenhof Gardens , Belanda ( 10 gambar )

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Gambar taman bunga tulip terbesar di dunia di Keukenhof Gardens , Belanda ( 10 gambar )

Keukenhof9

Jika anda peminat bunga, warna, kecantikan, sejarah, dan juga udara yang harum baunya, Keukenhof Gardens di Belanda, yang terletak tidak jauh dari Amsterdam, adalah tempat yang sesuai untuk anda.

Keukenhof Gardens adalah taman bunga terbesar di dunia, lebih 70 ekar (kira-kira 32 hektar) taman dipenuhi dengan lebih daripada 7 juta kuntum bunga – tulip, daffodils, hyacinths, narcissi, gladioli.Sudah tentu bunga utamanya adalah tulip – sudah tentu, kerana ini adalah negara Belanda. Terletak berhampiran Haarlem, iaitu hanya di luar Amsterdam, taman bunga ini mudah dilawati oleh sesiapa sahaja dengan kereta api dan bas atau kereta. Terdapat juga bas yang pergi ke sana terus dari Lapangan Terbang Schipol. Dan apabila anda sampai ke sana, anda tidak akan sesat kerana ada satu mercu tanda besar yang boleh menjadi penunjuk arah anda iaitu kincir angin.  Keukenhof Gardens hanya dibuka pada musim bunga, apabila bunga tulip berbunga iaitu kira-kira 8 minggu dalam setahun. Pada tahun ini iaitu tahun 2013 ia dibuka dari Mac 21 hingga 20 Mei.

Keukenhof10

Keukenhof8

Keukenhof7

Keukenhof6

Keukenhof5

Keukenhof3

Keukenhof2

Keukenhof

Komen Anda