Kesihatan, Tips

[ Info Sihat ] 5 sebab kenapa sarapan itu penting!

/
[ Info Sihat ] 5 sebab kenapa sarapan itu penting!

boy-eating-breakfast

Sarapan pagi adalah bahagian yang sangat penting dalam diet harian kita. Jika anda gemar ponteng sarapan, kami mahu berkongsi beberapa sebab mengapa anda dinasihatkan supaya ubah cara anda itu. Setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita sebenarnya kekurangan tenaga. Sarapan adalah penting untuk kembalikan semula tenaga yang hilang untuk anda mulakan hari anda seperti biasa.

Sarapan boleh menurunkan berat badan

Tahukah anda, sarapan pagi boleh membakar kalori dalam badan? Sarapan pagi setelah semalaman perut kosong secara tidak lansung boleh meningkatkan metabolisme dan bererti proses pembakaran kalori akan menjadi lebih efisen.

Sarapan mampu tingkatkan kemampuan otak

BACA  [ Kajian ] Makan Pisang Bisa Cegah Strok Pada Wanita Menopause

Kajian yang dibuat di Universiti Swansea Wales mendapati sebahagian tenaga dalam bentuk glukosa telah habis digunakan sebelum kita tidur. Oleh itu, sarapan pagi yang mengandungi glukosa akan digantikan semula dan ia juga merupakan salah satu bahan yang sangat penting untuk otak yang cerdas.

Membantu dalam menunjukkan teladan yang baik

Jika anda mempunyai anak-anak, anda sentiasa mahu menunjukkan contoh yang baik bagi mereka. Dengan adanya sarapan masa anda akan menunjukkan kualiti kepimpinan melalui teladan.

Landasan yang betul untuk anda yang mahu menurunkan berat badan

Bersarapan pagi adalah ladasan yang betul sekiranya anda mahu atau berniat untuk menurunkan berat badan. Penyelidik telah mendapati bahawa orang-orang yang makan sarapan pagi lebih cenderung untuk mengekalkan dan mengurangkan berat badan. Walaupun orang skip sarapan dengan harapan berat mereka akan turun dan makan lebih semasa tengah hari akan menyebabkan berat badan akan bertambah.

BACA  Hanya Ambil Sekali Sehari, Toujeo® Buka Peluang Pesakit Diabetes Untuk Nikmati Hidup

Tingkatkan metabolisme badan

Paras gula dalam darah adalah rendah pada waktu pagi. Oleh itu, anda perlukan tenaga untuk mengimbangkan semula paras gula dalam darah. Anda perlu makanan yang boleh beri tenaga diwaktu pagi untuk memastikan metabolisme anda sentiasa berterusan. Sebaiknya-baiknya, anda harus sarapan dalam tempoh dua jam selepas anda bangun dari tidur.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *