Info Menarik, Pilihan, Review, Review - Muzik

Shine Your Way : Lagu Yuna Zarai duet Owl City jadi lagu soundtrack filem animasi antarabangsa The Croods

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Shine Your Way : Lagu Yuna Zarai duet Owl City jadi lagu soundtrack filem animasi antarabangsa The Croods

yunaowlcity

Tahniah buat penyanyi tanah air yang sedang mencipta nama di Amerika , Yunalis Zarai atau Yuna kerana telah melangkah setapak lagi! Lagu Yuna yang berduet bersama kumpulan penyanyi antarabangsa Owl City yang bertajuk Shine Your Way baru-baru ini telah dijadikan lagu soundtrack filem animasi antarabangsa The Croods.

thecroods

 Adam Young  merupakan komposer lagu itu bersama komposer filemAlan Silvestri penulis lirik Glen Ballard ( Michael JacksonAlanis MorissetteNo Doubt).

“Shine Your Way” merupakan lagu ketiga ciptaan Young untuk filem dan sebelum ini beliau pernah menghasilkan lagu  “To The Sky” untuk filem Legend Of The Guardians: The Owls Of Ga’Hoole  dan“When Can I See You Again?” dari filem Wreck-It Ralph. The Croods  merupakan filem animasi dari The Dreamworks/20th Century Fox , yang menggunakan suara pelakon Nicolas Cage,Ryan Reynolds dan Emma Stone  dan ia mengisahkan tentang api yang telah ditemui pada zaman purbakala. Filem ini bakal ditayangkan pada 22 Mac 2013 dan lagu-lagu soundtrack dari filem ini pula bakal keudara pada 19 Mac 2013.

BACA  Cara 'Gila' Orang Sanggup Lakukan Demi Nak Dapat Kerja Impian

Info mengenai Owl City

Merupakan kumpulan muzik yang dianggotai oleh Adam Young, Breanne DürenDaniel Jorgensen, Jasper Nephew dan Steve Goold yang ditubuhkan pada tahun 2007. Popular dengan lagu Good Time bersama Carly Rae Jepsen dan lagu Fireflies.

Info mengenai Yuna Zarai 

Yunalis Zarai,[2] atau lebih dikenali sebagai Yuna Zarai yang berumur 27 tahun, merupakan seorang penyanyi Malaysia yang memperjuangkan muzik rock indie. Beliau amat dikenali sebagai satu-satunya penyanyi rock indie wanita yang bertudung terawal menghiasi industri muzik. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian di Universiti Teknologi MARAKampus Shah Alam . ( Wikipedia ) 

BACA  Normal Ke Kalau Kerap Sangat Mimpi Basah?

 

Leave a Reply
Your email address will not be published. *