Kesihatan, Tips

[ Info Sihat ] Bau ketiak lelaki mampu hilangkan stress wanita?

Avatar
/
[ Info Sihat ] Bau ketiak lelaki mampu hilangkan stress wanita?

meh cium ketiakl

Sesetengah daripada kita sangat alah pada bau-bauan. Sama ada busuk mahupun wangi, boleh membuatkan kita berasa rimas dan tidak selesa. Tambahan pula pada pasangan yang sudah berkahwin, hampir seharian tinggal bersama dan kalau pasangan mereka mempunyai bau badan memang boleh menghilangkan mood. Tetapi tahukah anda, sebenarnya bau ketiak lelaki mampu menghilangkan stress bagi wanita?

Satu kajian yang dibuat di University Pensylvania telah membuktikan bahawa peluh lelaki mampu menurunkan tekanan dan melancarkan haid bagi kaum wanita. Menurut laporan Jurnal Biology of Reproduction America, sebelum ini,bau ketiak lelaki yang sengaja “diproses” daripada lelaki yang tidak memakai deodoran digunakan sebagai bahan ujikaji bagi mencari bukti bahawa hidung wanita boleh “digoda” dengan bau semulajadi lelaki.

BACA  Idea Hadiah Berguna Untuk BFF Yang Pindah Masuk Rumah Baru

Bau ketiak lelaki

Dalam uji kaji yang tersebut, bau semulajadi (peluh tanpa deodoran) itu kemudian di sapukan ke atas bibir puluhan wanita berumur lingkungan 25 dan 45 tahun tanpa memberitahu cecair yang disapu itu adalah bau peluh lelaki. Mereka hanya diberitahu kajian tentang satu aroma wangian akan dijalankan ke atas mereka.

Enam jam pertama selepas itu, skala mood wanita yang di sapu wangian yang diperbuat daripada peluh ketiak lelaki tersebut diambil. Hasilnya sungguh mengejutkan apabila bau peluh lelaki mampu menceriakan mood wanita dan selain itu bau ketiak lelaki juga ternyata dapat membuatkan wanita menjadi kurang stress.

BACA  Ariana Grande Ada Alahan Tomato Sampai Tak Boleh Menyanyi, Ni Kamu Perlu Tahu

P/S : Eh kaum wanita jangan salah paham pula, tak semestinya ketiak anda berbau busuk tau! Ini cuma hasil kajian yang dibuat je. Jangan pula anda ambil peluh suami yang baru lepas bersenam dan sapukan ke bibir. Nanti ada pula yang tidak tahan bau dan termuntah pula :D

Leave a Reply
Your email address will not be published. *