Berita & Isu Semasa

Hampir 400 masjid di Selangor bakal ada kemudahan internet WiFi

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Hampir 400 masjid di Selangor bakal ada kemudahan internet WiFi

masjid wifi

Setiap masjid di Selangor akan dilengkapi kemudahan WiFi bagi memudahkan komunikasi secara online antara satu sama lain. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, dengan adanya kemudahan itu juga akan memudahkan aktiviti di mana-mana masjid dapat dipancarkan terus.

Selangor mempunyai hampir 400 masjid dan penyediaan WiFi sedikit sebanyak mengimarahkan program dijalankan. Kita akan menyediakan kemudahan itu berperingkat kerana ia secara tidak langsung memudahkan cara berkomunikasi antara masjid-masjid yang ada di negeri ini.

Sebelum ini ada juga berita mengenai 187 buah masjid di Melaka akan dilengkapi perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) menjelang pertengahan bulan  ini. perkhidmatan tersebut dapat memberikan kemudahan Internet secara percuma kepada pengunjung yang berkunjung ke masjid bagi mendapatkan informasi terkini antara lain berkaitan hal ehwal Islam, kegiatan harian masjid dan teks khutbah.Kalau digunakan secara elok, ok la. Tapi kalau jemaah leka main internet dalam masjid, pun payah jugak. Tapi sangat bagus untuk tujuan pembelajaran agama.

Komen Anda