Berita & Isu Semasa, Gossip, Gossip Tempatan, Pilihan

Lagu terbaru penyanyi Eddie Hamid ‘Bo La Wei’ perli rakyat Kelantan? ( video + lirik )

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Lagu terbaru penyanyi Eddie Hamid ‘Bo La Wei’ perli rakyat Kelantan? ( video + lirik )

Eddie Hamid

Lagu Bo La Wei ciptaan penyanyi Eddie Hamid, 50 tahun, telah dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sempena Himpunan Perdana Anak-Anak Kelantan di Bukit Jalil pada 17 Februari lalu dan disambut meriah 15,000 pengunjung yang hadir. Eddie berkata, dia gembira apabila lagu Bo La Wei yang bermaksud ‘cukup-cukuplah sudah’ itu menerima pujian dan menjadi pilihan ramai pendengar sejak ia dimuat naik di YouTube sejak minggu lalu.

Menurutnya, sehingga kini lagu ciptaannya bersama komposer Datuk Mohamad Supardi Md Noor itu menerima lebih dari 16,o00 view di laman YouTube dan katanya dia tidak berniat mempersendakan sesiapa, tetapi lagu ini hanyalah menyeru orang Kelantan berubah ke arah kebaikan.

Bagi Eddie Hamid lagu itu tidak mempersendakan mana-mana parti politik, tetapi bertujuan menyeru orang muda terutama penduduk Kelantan membangunkan diri. Katanya lagi , dia sudah menetap di ibu kota selama 28 tahun, jadi saya menyelami kemahuan dan perubahan yang mereka inginkan. Maka, lagu ini bertepatan dengan kehendak orang muda. 

Lirik lagu Bo La Wei ( Sudah Sudah Lah ) Eddie Hamid

lirik-bolawei

Leave a Reply
Your email address will not be published. *