Berita & Isu Semasa, Pilihan

[ Info PRU 13 / Politik ] Manifesto PR Pakatan Rakyat Pilihan Raya Umum ke 13

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Info PRU 13 / Politik ] Manifesto PR Pakatan Rakyat Pilihan Raya Umum ke 13

Manifesto-PR-Pilihanraya-2013

Pakatan Rakyat telah pun melancarkan manifestonya “Manifesto Pakatan Rakyat” sempena Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 2013) semalam bagi memberikan mekanisme dan langkah perubahan yang bakal mereka lakukan pada negara dan rakyat Malaysia sempena Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.  Lampiran manifesto setebal 38 muka surat itu menggariskan 5 tajuk utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat, Kerajaan Rakyat dan Harapan Rakyat.

Berikut kami kongsikan point penting di dalam Manifesto Pakatan Rakyat PRU 13 

Rakyat Bersaudara

  • Caruman Wanita Malaysia – Suami wajib disisi undang-undang
  • mencarum mengikut kadar pendapatan  (diantara RM10 sebulan hingga RM100 sebulan) ke dalam satu tabung caruman.
  • Skim Bonus Warga Emas – warga emas berusia 60 tahun ke atas akan menerima bonus bernilai RM1,000 setiap tahun
  • Sekolah Janaan Rakyat – RM300 setiap murid setiap tahun
  • 141,000 hektar tanah Orang Asli dipelihara dan dipulangkan keputusannya kepada Orang Asli.
  • Menaikkan bayaran royalti ke atas petroleum dan sumber sumber hidrokarbon
  • kepada Sarawak dan Sabah dari 5% ke 20%.

Mengotakan iltizam Deklarasi Kuching kepada rakyat Sabah dan Sarawak:

  • Menghapuskan sistem kabotaj yang menyebabkan harga barangan keperluan di Sabah dan Sarawak lebih tinggi dan membebankan rakyat
  • Mewujudkan insentif pelaburan yang bersyaratkan pengwujudan peluang pekerjaan di Sabah dan Sarawak bagi tujuan memastikan kesaksamaan pembangunan ekonomi
  • Menubuhkan dua buah syarikat minyak tahap dua milik Kerajaan Sabah dan Sarawak untuk menyertai industri minyak dan gas negara sebagai pelaburan masa depan dan mewujudkan peluang pekerjaan  kepada rakyat Sabah dan Sarawak
  • Memulakan pembinaan lebuhraya merentasi Sabah dan Sarawak yang menghubungkan Kuching ke Kota Kinabalu dan Kudat
  • Menghentikan serta merta pembinaan empangan-empangan yang memusnahkan alam sekitar dan mensesarkan penduduk dari kampung halaman mereka.

Ekonomi Rakyat

setiap keluarga di Malaysia akan membawa pulang pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan selepas penggal pertama pemerintahan Pakatan  Rakyat di Putrajaya.

1) 1 juta pekerjaan baru:

  • 5 Universiti Teknikal akan ditubuhkan dalam tempoh 10 tahun. 25 sekolah vokasional baru.

2) Gaji minima:

  • Tabung Permudah Pelaksanaan Gaji Minima berjumlah RM2 bilion. setiap pekerja akan dibayar sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan

3) teksi milik pemandu :

  • Permit teksi akan diberikan terus kepada pemandu teksi
  • Skim bantuan untuk usahawan teksi
  • Skim perlindungan takaful
  • Skim latihan keusahawanan
  • Galakan penubuhan koperasi
  • Skim pembiayaan teksi baru

4 ) ekonomi perajurit :

  • RM500 juta akan diperuntukkan kepada Tabung Usahawan Kecil Perajurit. Pakatan Rakyat akan menaikkan caruman kerajaan ke dalam Lembaga Tabung Angkatan
  • Tentera (LTAT) dari 15% kepada 20% untuk menjamin simpanan masa depan perajurit. Dividen Perajurit iaitu imbuhan kepada bekas
  • perajurit yang tidak berpencen sebanyak RM2,000 setiap tahun
BACA  15 Top Bubble Tea Famous Yang Digilai Ramai!

5) hapus monopoli, tingkat ekonomi :

  • Tabung Inovasi kebangsaan ( RM500 juta ). Jalur pendapatan akan dilebarkan agar kadar cukai 26% kini hanya mula dibayar
  • bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,000 ke atas, berbanding RM250,000 sekarang.
  • Menghapuskan monopoli termasuklah melakukan perjanjian semula dengan taikun pengeluar tenaga bebas (IPP) dan bubar 1Malaysia Development Bhd. dan menggantikan dengan Suruhanjaya Anti Monopoli.
  • Suruhanjaya Kontrak Awam diwujudkan bagi menilai semula konsesi berat sebelah, tender terbuka, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.
  • Membubarkan 1MDB agar Khazanah kekal satu-satunya badan pelaburan negara.
  • Melupuskan pegangan kerajaan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terbabit dalam perniagaan bukan berkepentingan nasional kepada pengurusan GLC melalui kaedah ambil alih oleh pengurusan (management buyout atau MBO), bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputra yang berdaya maju

6) tingkat inovasi, R&D dan teknologi :

  • Pelepasan cukai bagi barangan atau perkhidmatan yang dikomersilkan hasil dari pelaburan R&D yang dibuat di universiti atau pusat kajian awam.
  • Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya
  • Merombak pelan sistem pengangkutan awam Lembah Klang dari berlandaskan sepenuhnya kepada sistem MRT, kepada pelan bersepadu melibatkan MRT dan bas supaya jaringan dan capaian pengangkutan awam lebih baik dari sekarang
  • Menilai kembali setiap kontrak yang telah dianugerahkan di dalam pakej MRT mengikut undang-undang sedia ada dan mutakhir, untuk memastikan tidak ada unsur rasuah dan mengawal kos yang bakal ditanggung rakyat
  • Pelaburan tambahan RM2 bilion pada tahun pertama untuk menambah bilangan bas dan jajaran laluan bas di Lembah Klang sehingga meningkat satu kali ganda.

Kesejahteraan Rakyat

1) harga minyak, eletrik , kereta turun :

  • subsidi berjumlah RM25 bilion ini terus kepada rakyat
  • Pakatan Rakyat akan mengambil alih lebuhraya secara berperingkat bagi tujuan menghapuskan tol.
  • Cukai eksais kereta akan diturunkan secara berperingkat dengan tujuan menghapuskannya dalam tempoh 5 tahun agar harga kereta lebih berdaya saing.
  • kereta pada harga serendah RM25,000 sebuah.

2) 150,000 rumah mampu milik :

  • 150,000 rumah mampu milik dalam kategori
  • kos rendah (bawah RM75,000) dan kategori kos sederhana (antara RM150,000 hingga RM250,000)
  • Perbadanan Perumahan Negara akan ditubuhkan sebagai badan induk yang membina, mengawalselia dan mengusahakan rumah mampu milik rakyat.

3) hapus jenayah, kuatkan polis :

  • menaikkan gaji anggota polis sebanyak 15%
  • Peruntukan tambahan RM50 juta setiap tahun untuk membina pos-pos polis
  • Peruntukan tambahan RM200 juta setiap tahun untuk meningkatkan keupayaan dan
  • keberkesanan siasatan forensik PDRM

4) hapus AES, batal saman AES

5) Pendidikan percuma, hapus PTPTN :

  • Yuran bagi pengajian tinggi lepasan sekolah di semua institusi milik awam akan ditanggung kerajaan.
  • Pelajar di institusi swasta akan diberikan subsidi yuran yang setara dengan kos tanggungan kerajaan di institusi awam.
BACA  Putera Harry Dan Meghan Markle Pilih Tak Nak Tunjuk Muka Anak Lepas Lahir

6) Elaun Sara Hidup

  • Bantuan Kebajikan yang dibayar melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan
  • ditingkatkan dari RM300 sebulan kepada RM550 sebulan.
  • Semua keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM500 sebulan layak mendapat Bantuan Kebajikan untuk menghapuskan kemiskinan tegar.

7) Tingkatkan ekonomi peneroka dan desa

 Warga peneroka tidak dibayar pendapatan yang sebenar melalui manipulasi Kadar Perahan Gred (KPG) oleh FELDA. Pakatan Rakyat akan menyemak kembali semua tuntutan pampasan akibat dari manipulasi KPG dan membayar pampasan yang sewajarnya kepada warga FELDA.

8) Kesihatan

  • Menolak sebarang usaha untuk mengenakan cukai kesihatan seperti yang dicadangkan melalui 1Care.
  • Menjamin kemudahan kesihatan percuma kepada semua rakyat Malaysia melalui hospital kerajaan, sementara memberi galakan sepenuhnya kepada sektor swasta menawarkan khidmat kesihatan ada kadar yang berpatutan
  • Menawarkan perkhidmatan wad percuma kepada semua rakyat di semua hospital kerajaan dengan menghapuskan bayaran wad Kelas 2 dan Kelas 3
  • Menghapuskan monopoli pembekalan ubat, pembinaan hospital dan kelengkapan hospital oleh beberapa syarikat yang berkait rapat dengan elit kekuasaan yang mengaut keuntungan melampau
  • Penjimatan dari penghapusan monopoli akan digunakan untuk menawarkan rawatan pakar percuma kepada golongan berpendapatan rendah termasuklah pembedahan jantung, pembedahan ganti dan lain-lain
  • Memenuhi sasaran seorang doktor bagi setiap 550 rakyat dalam tempoh penggal pertama pentadbiran, berbanding nisbah sekarang seorang doktor bagi setiap 800 rakyat

Kerajaan Rakyat 

1) Mansuhkan akta kezaliman :

  • Mansuh undang-undang anti-rakyat
  • Memansuhkan AUKU dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat

2) Bebaskan media, kehakiman dan polis :

  • Menghapuskan semua undang-undang yang menyekat kebebasan media dan mewujudkan suasana media yang berat sebelah, termasuk Akta Percetakan dan Penerbitan, prosuder perlesenan media dan lain-lain

3) Pilihanraya bersih, adil :

  • Melaksanakan 8 tuntutan BERSIH sebagai reformasi pilihanraya.
  • Melaksanakan pendaftaran undi secara automatik apabila mencecah umur layak mengundi.
  • Membersihkan daftar pengundi dalam masa 100 hari berkuasa.

4) Reformasi institusi Islam :

5) Pakej gaji adil penjawat awam

6) Kerajaan tanpa rasuah : Dasar Banteras Rasuah Negara (DEBARAN)

  • Merombak sepenuhnya kuasa dan kepimpinan SPRM untuk membina integritinya di mata rakyat, termasuk mempertimbangkan memberikan kuasa pendakwaan kepada SPRM
  • Merombak amalan dan proses SPRM agar tumpuan diberikan sepenuhnya kepada siasatan dan pendakwaan terhadap kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan awam untuk membuang persepsi bahawa SPRM hanya menumpukan kes-kes kecil sedangkan rasuah pembesar negara dipadamkan
  • Mengetatkan undang-undang rasuah dan undang-undang berkaitan (termasuk Akta Perlindungan Pemberi Maklumat) untuk melaksanakan sekeras-kerasnya undang-undang 
  • membanteras rasuah, terutamanya bersabit kes-kes rasuah besar yang melibatkan kepentingan awam

Leave a Reply
Your email address will not be published. *