Fesyen, Pilihan, Tips

[ Tips Pengguna Bijak ] 13 perkara penting semasa keluar membeli-belah

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Tips Pengguna Bijak ] 13 perkara penting semasa keluar membeli-belah

shopping

IKLAN

Apabila anda ingin membeli sesuatu tanyalah diri anda, adakah anda memerlukan barang itu? Adakah anda mampu membelinya? Bajet peribadi dan aliran tunai anda boleh membantu menjawab soalan ini. Semak terlebih dahulu sekiranya anda telah membuat peruntukan bagi perbelanjaan anda setiap bulan.

Sebelum anda membeli belah

  1. Buat senarai barangan yang hendak dibeli.
  2. Window shopping tanpa membawa wang yang banyak.
  3. Jangan jadikan membeli-belah sebagai satu tabiat untuk melepaskan tekanan.
  4. Jangan bawa anak-anak yang sering mendesak untuk membeli sesuatu yang kurang perlu atau keluar dengan rakan yang memang kita tahu dia suka membeli belah.
  5. Tinggalkan kad kredit di rumah untuk mengelak daripada belanja berlebihan.
  6. Jangan membawa wang yang banyak. Bawa wang yang mencukupi.
  7. Kurangkan tabiat mendapatkan maklumat mengenai barangan yang kita minat di laman web jualan lelong. Ini kerana kita mungkin terjumpa dengan barangan yang diminati dalam harga yang murah walaupun sebenarnya kita belum memerlukan barangan berkenaan pada waktu itu.
  8. Jangan amalkan singgah di pasar raya apabila pulang ke rumah dari tempat kerja.
  9. Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan penggunaan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja.
  10. Sekiranya kita hendak membeli sesuatu barang khusus, pastikan kewangan kita mencukupi. Jika tidak,mungkin kita akan membeli secara kredit ( guna kad kredit )

Selepas anda membeli-belah

  1. Buat aduan terhadap barang yang rosak jika masih dalam tempoh waranti
  2. Kira semula wang yang telah anda belanjakan. Jika masih ada baki, jangan lah pulak anda habiskan. Sekiranya perbelanjaan anda sudah melebihi bajet, atur semula perbelanjaan anda, dan pastikan anda tidak mengulangi kesilapan lagi.
  3. Kekalkan barangan yang anda telah beli dalam keadaan yang boleh dikembalikan atau dijual semula. Anda perlu memastikan polisi pemulangan semula barangan di kedai tersebut sekiranya mahu memulangkan barang yang anda tidak perlukan.