Kesihatan, Pilihan

[ Info Sihat ] Pengambilan vitamic C boleh kurangkan risiko selsema.. Jika anda bersenam

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Info Sihat ] Pengambilan vitamic C boleh kurangkan risiko selsema.. Jika anda bersenam

vitamin c

IKLAN

Mengambil vitamin C boleh membantu anda menghindari risiko selsema jika anda kerap bersenam, menurut kajian terbaru.
Penyelidik Finland menyatakan bahawa minuman yang kaya dengan vitamin C tidak memberi impak pada mereka yang malas bersenam.  Tetapi untuk orang-orang yang bekerja dan membuat aktiviti di luar, vitamin C boleh mengurangkan separuh risiko dan juga membantu menghilangkan selsema.

selsema

Saintis dari Universiti Helsinki memulakan satu siri kajian yang melibatkan lebih 11,000 orang mencuba manfaat Vitamin C, yang boleh ditemui dalam sayur-sayuran dan buah-buahan banyak, seperti oren, strawberi dan kiwi. Mereka memberikan kumpulan sukarelawan, termasuk kanak-kanak sekolah Switzerland, pelari maraton, perenang dan askar Kanada, beberapa dos vitamin dan kemudian menilai kesannya terhadap kesihatan mereka.

Para penyelidik mendapati bahawa orang yang bersenam mempunyai separuh risiko dijangkiti selsema berbanding mereka yang tidak bersenam.  Para penyelidik juga mendapati bahawa kanak-kanak juga menjadi lebih responsif kepada vitamin daripada orang dewasa, dengan satu gram dos sehari menurunkan tempoh purata selesema di kalangan kanak-kanak sebanyak 18 peratus dan di kalangan orang dewasa sebanyak 8 peratus.

Selain itu, mengikut kajian, lelaki yang mengambil vitamin C tambahan setiap hari akan menggandakan risiko mereka mengidap penyakit batu karang. Lelaki yang mengambil vitamin C tambahan sekurang-kurangnya sekali sehari mempunyai risiko tertinggi batu karang, menurut kajian yang disiarkan dalam jurnal perubatan Dalaman JAMA.

Info :

IKLAN