Fesyen, Tips

[ Info Kecantikan ] Rahsia di sebalik rambut anda

/
[ Info Kecantikan ] Rahsia di sebalik rambut anda

model rambut

Tahukah anda setiap orang mempunyai rahsia personaliti di sebalik rambutnya? Ada info yang mungkin tepat dan mungkin juga ada yang sebaliknya.

Rambut lurus

rambut-lurus

Orang yang berambut lurus sentiasa kelihatan menarik di mata semua orang. Anda yang berambut lurus merupakan seorang individu yang bijak dan ceria! Β Bijak mengatur sesuatu tanpa bantuan orang lain, malah bijak bergaya! Namun dalam diam, anda juga merupakan seorang yang kuat cemburu.

Rambut ikal mayang

wavy-hair3

Mempunyai daya tarikan yang menarik dan tersendiri. Anda juga bijak mengatur langkah dan tidak terburu-buru membuat sesuatu keputusan. Selain itu, anda juga bersikap terbuka dan suka bergaul.

Rambut kusut

sayang-sekali-rambut-kusut-menjadi-salah-satu-penyakit-rambut-yang-tak-bisa-disembuhkan_350_233

Orang yang berambut kusut selalu dikatakan agak clumsy, sebenarnya mereka ni merupakan golongan orang yang suka bergaul dan pandai menarik perhatian!

Rambut kerinting tebal

BackBlondeCurlyHairSmall[1]

Degil dan keras kepala. Anda tak suka mengalah dan tak mudah mengalah. Tetapi dalam diam, anda merupakan seorang yang romantik. Sama ada betul atau tidak, tanyalah diri anda sendiri!

Rambut kerinting halus

long8-curly-hair

Anda cerewet dan ego tinggi namun anda merupakan seorang yang bijaksana. Ada kalanya anda cerewet mungkin kerana mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Dalam perhubungan pula, anda seorang yang kuat cemburu dan itu membuatkan orang sekeliling tidak selesa dengan sikap anda.

Rambut beruban

uban

Kurang bijak dalam mengatur sesuatu, suka berangan atau termenung dan suka bersikap negatif. Anda jarang bercampur dengan orang tetapi bijak menyelesaikan masalah sendiri.

P/s : Bagi anda di luar sana, janganlah salah paham pula. Mungkin ianya tidak padan dengan diri anda. Semuanya bergantung pada individu tu sendiri bagaimana perwatakannya yang sebenar.

Komen Anda