Kesihatan, Pilihan

[ Info / Makan ] 9 Gambar Hard Rock Cafe Melaka yang telah dibuka

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Info / Makan ] 9 Gambar Hard Rock Cafe Melaka yang telah dibuka

hardrockmelaka

IKLAN

Hard Rock International telah membuka cawangan baharu Hard Rock Cafe yang ketiga di Melaka, selepas Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Hard Rock Cafe baru ini terletak di pintu masuk Jonker Walk dan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Kafe seluas 1372 meter persegi termasuklah tempat duduk untuk 200 orang, bar mewah, ruang makan luaran yang luas, ruang hiburan yang akan menampilkan muzik yang unik tempatan Melaka, dan kedai cenderamata Hard Rock Cafe yang menjual pelbagai barangan eksklusif Hard Rock Cafe.

Francais Pengarah Kanan Hard Rock International, Asia Pasifik, Matthew Putna berkata dalam satu kenyataan bahawa dinding Hard Rock Cafe Melaka akan dihiasi oleh beberapa keping memorabilia dari koleksi ikonik Hard Rock.

Dengan jumlah 177 lokasi di 58 buah negara, termasuk 141 kafe, 18 hotel dan lapan kasino, Hard Rock International adalah salah satu syarikat yang diiktiraf di seluruh dunia. – Bernama

Alamat :

No.28 Lorong Hang Jebat 75200, Melaka, Malaysia

(606) 606-292 5188

hardrockmelaka2

IKLAN

hardrockmelaka3

insidehrcmelaka

foodhrc

hardrockcafe

hardrockshop

hardrockshop2

hardrockshop3

Sumber : Facebook Hard Rock