Fesyen, Tips

[ Tips Fesyen ] Tips memilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka

/
[ Tips Fesyen ] Tips memilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka

Bukan mudah bagi seseorang untuk memilih cermin mata yang sesuaian dengan bentuk muka. Biasanya orang pilih bingkai disebabkan trend, bukan sebab sesuai dengan bentuk muka. Bila trend tu dah berlalu atau dah lapuk, mereka mula bosan dan buat cermin mata lain. Tak ke membazir namanya tu?

cermin-mata4

Bagi mereka yang berkaca mata, mesti anda serabut dan rambang mata nak pilih bingkai kan? Lagi-lagi anda yang bertudung, mesti tak nak tudung anda nampak kembang dan bulat. Jadi harini kami nak berkongsi tips memilih cermin mata dengan anda!

Macam-Macam-Bentuk-Wajah-300x218

Bentuk muka petak/persegi

Bingkai yang sesuai :

  • Bingkai berbentuk bulat dan bujur
  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atas iaitu lebih tebal di bahagian atasnya.

Elakkan : Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawah kerana muka anda akan nampak lebih petak. Piih bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka.

Bentuk muka bujur sirih/oval

Bingkai cermin mata yang sesuai :

  • Pilih bingkai yang tak melampaui nisbah muka anda. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.

Elakkan : Jangan pilih bingkai yang rendah atau ‘jatuh’ kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang.

Bentuk muka bulat/buah pir

Bingkai cermin mata yang sesuai :

  • Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat.
  • Kaki bingkai yang tinggi atau sederhana tinggi akan membuatkan muka kelihatan lebih panjang.
  • Warna bingkai yang gelap dapat mengimbangkan bentuk wajah yang bulat.

Elakkan : Bingkai yang berbentuk bulat akan buatkan muka anda nampak lebih bulat. Jadi pilihlah dengan bijak!

Bentuk muka diamond

Bingkai cermin mata yang sesuai :

  • Frameless adalah pilihan yang paling sesuai
  • Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga adalah sesuai.

Tips : Frameless adalah bentuk yang paling sesuai untuk mereka yang mempunyai bentuk muka diamond

Bentuk muka hati

Bingkai cermin mata yang sesuai :

  • Frameless adalah yang paling sesuai untuk bentuk muka ini

Tips : Bentuk muka hati adalah yang paling sukar untuk dipadankan dengan mana-mana jenis bingkai kerana ia akan menonjolkan kawasan muka yang tidak mahu diserlahkan. Oleh itu, frameless adalah pilihan terbaik untuk anda.

Bentuk muka segi tiga

Bingkai cermin mata yang sesuai :

  • Pilih bingkai yang bentuknya agak petak atau half-frame.

Tips : Bentuk muka ini mempunyai kawasan dahi yang kecil dan dagu, rahang dan pipi yang agak luas. Bingkai petak atau half-frame dapat menyerlahkan bahagian atas yang kecil.

Bentuk muka panjang

Bingkai cermin mata yang sesuai :

  • Disarankan untuk pilih bingkai yang lebar
  • Bingkai bercorak juga sesuai kerana muka akan kelihatan sedikit lebar dan seimbang.

Tips : Nosebridge yang rendah boleh membantu ‘memendekkan’ hidung dan kaki bingkai yang ‘jatuh’ akan membuatkan muka menjadi lebih pendek.

 

Β 

 

Komen Anda