Gossip, Gossip Tempatan, Info Menarik, Pilihan

Siri TV The Dream Sisters : Keeping Up With Kardashian VERSI MALAYSIA ( video + 9 gambar )

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Siri TV The Dream Sisters : Keeping Up With Kardashian VERSI MALAYSIA ( video + 9 gambar )

dreamsister2

IKLAN

Ia sebenarnya telah menjadi kenyataan di TV9. Dikenali sebagai The Dream Sisters, program baharu TV9 itu kisah realiti adik-beradik Chef Anis Nabilah Umaruddin yang boleh dikatakan lebih kurang sama seperti rancangan realiti televisyen yang popular di serata dunia iaitu Keeping Up With Kardashian yang membabitkan adik-beradik dan keluarga Kardashian yang terdiri daripada Kim, Khole, Kourtney dan Rob.

Mula bersiaran pada 28 Januari pada pukul 10.30 malam, ia merupakan percubaan pertama TV9 dalam menghasilkan rancangan berbentuk drama realiti TV. Chef Anis, 27, yang sebelum ini terkenal dengan telatahnya memasaknya akan bersama adik-beradiknya, Amira, 28, Aimi, 26, dan Aisya, 23, dalam program itu. Sebelum ini Chef Anis sudah terkenal mengendalikan rancangan memasak Icip-Icip di Astro.

The Dream Sisters ciplak Keeping Up With The Kardashians ?
The Dream Sisters ciplak Keeping Up With The Kardashians ?

Program lapan episod itu akan menampilkan kisah kehidupan empat adik-beradik itu mencapai impian dan cita-cita mereka di samping memberi inspirasi kepada penonton nanti.

Kata Anis, sebelum disiarkan program itu, sudah ramai yang beranggapan The Dream Sisters seperti program keluarga Kardashian tetapi sebenarnya tanggapan itu salah.

“Berbanding Keeping Up With Kardashian yang lebih condong kepada hiburan, The Dream Sisters sebaliknya berkisar tentang soal karier kami berempat. Ia juga memaparkan impian kami dalam merealisasikan cita-cita masing-masing,” ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program-program baharu TV9 di The Curve, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Anis, program itu menampilkan kesukaran yang dihadapinya untuk membuka sebuah restoran. Kakaknya, Amira pula lebih kepada kelas kesihatan seperti yoga, Aimi bergelut dengan pekerjaan dalam bidang produksi serta perkahwinan dan Aisya terpaksa mencari tajaan melanjutkan pengajian di London.

Mungkin jika siri TV ini berjaya, boleh panggil adik beradik Neelofa untuk membintangi siri realiti televisyen The Dream Sisters II pula? Adik beradiknya pun boleh tahan cantik dan bijak-bijak belaka! Tak salah untuk untuk membuat siri televisyen mengenai keluarga sendiri seperti Kardashian itu, tapi jangan sampai seluruh rahsia keluarga terdedah pada umum sampai nanti tak ada privasi. Maklumlah, orang kita ni kan suka main godek-godek info peribadi artis dan selebriti. Hehe! Semoga berjaya Chef Anis dengan siri televisyen ini!

dreamsisters6
dreamsister5 dreamsister4 dreamsister3
dreamsister

IKLAN

Video promo The Dream Sisters