Kesihatan, Pilihan

[ Info/Kesihatan ] Keburukan Kacang Soya Yang Tidak Kita Ketahui!

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Info/Kesihatan ] Keburukan Kacang Soya Yang Tidak Kita Ketahui!

Kacang soya dikenali sebagai Glycine max yang merupakan salah satu daripada 7 ‘super foods’ di dunia. Penduduk di benua Timur terutamanya masyarakat Cina mula menggunakan kacang soya sebagai makanan kesihatan sejak 5000 tahun yang lalu dimana tauhu dan susu kacang soya merupakan barangan soya yang popular di kalangan masyarakat Cina.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya:

  • Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
  • Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
  • Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
  • Mengandungi hemaglutinin yang mengakibatkan sel darah bercantum sesama sendiri.
  • Mengandungi goitrogen yang mengkibatkan fungsi tiroid menjadi lemah.
  • Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat (perencat enzim) yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman.
  • Wujud unsur heavy metal toxic di dalam tubuh badan, dan ia boleh menyebabkan nyanyuk.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen. Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

**Peringatan!! Pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini

 

Komen Anda