Berita & Isu Semasa, Pilihan

RM50,000 Lesap Dalam Akaun Bank Lisa Surihani

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
RM50,000 Lesap Dalam Akaun Bank Lisa Surihani

Wang sejumlah RM50,000 milik pelakon popular, Lisa Surihani dan ibunya telah dicuri selepas kad mesin juruwang  automatik (ATM) mereka ditukar.

Kehilangan duit tersebut disedari pada Jumaat lalu kira-kira jam 10.30 pagi apabila ibu Lisa, Siti Amira Ahmad ingin mengeluarkan sejumlah wang di mesin ATM di sebuah bank di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi dan mendapati duit yang disimpan telahpun dikeluarkan.

Ketika membuat semakan baki simpanan, beliau mendapati wang dalam akuan berkurangan dan mengesyaki berlaku penipuan kerana sebelum ini dia tidak membuat sebarang pengeluaran wang.

BACA  [ Jenayah ] Susulan kes Lisa Surihani hilang RM50,000 dari bank : Pegawai bank wanita ditahan

Apabila dirujuk kepada pihak bank dia diberitahu kad ATM miliknya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukarkan dengan kad yang baru oleh individu lain tanpa pengetahuaannya.

Sumber mengatakan, selepas semakan dibuat, rekod pengeluaran wang menunjukkan wang dalam akaun dua beranak itu dikeluarkan di beberapa tempat di Kuantan, Pahang Selasa lalu.

Sementara itu, Lisa Surihani enggan mengulas lanjut tentang kejadian itu dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

BACA  [ Jenayah ] Susulan kes Lisa Surihani hilang RM50,000 dari bank : Pegawai bank wanita ditahan

Komen Anda