Acara, Berita & Isu Semasa, Pilihan

[ Acara ] 1 Juta Himpunan Kebangkitan Rakyat 12.1.2013

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Acara ] 1 Juta Himpunan Kebangkitan Rakyat 12.1.2013

IKLAN

Lokasi terakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat ( HKR ), Sabtu ini akan ditentukan petang ini sekiranya pihak pengurusan Stadium Merdeka masih tidak memberikan sebarang maklum balas. Pengerusi Jawatankuasan HKR, Mohammad Sabu berkata, pihaknya turut akan berbincang dengan Ketua Polis Negara bagi menerangkan perancangan himpunan bagi memastikan ianya berlansung secara aman.

INFO DAN TIPS BERGUNA HADIRI HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

“ Setakat ini pihak stadium masih belum menyatakan ya atau tidak.”

“Esok ( hari ini ) pada jam 4.00 petang kita akan memberikan maklumat terakhir lokasi himpunan”, katanya di sidang media di Ibu Pejabat PKR.

Turut hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Presiden PAS, Datuk  Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Perlimen DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu Anwar menggesa semua penyokong dan ahli Pakatan Rakyat hadis  pada himpunan yang akan diadakan pada Sabtu, 12 Januari ini. Jelasnya pemimpin Pakatan Rakyat menyokong penuh himpunan tersebut dan meminta pihak polis memberikan kerjasama agar ia berlansung dengan aman.

“Kami memilih Stadium Merdeka itu seperti mana yang disarankan Perdana Menteri kita ketika perhimpunan Bersih 3.0 lalu yang mahukan perhimpunan itu dilakukan di situ”, kata Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

“Bagaimanapun, pihak stadium masih belum memberikan jawapan walaupun pihak kami sudah menghantar surat permohonan pada 26 Disember lalu”, katanya lagi.

IKLAN

Beliau berkata pehimpunan yang bersifat santai itu akan diakankan bermula jam 2 hingga 5 petang dan pihaknya akan turut melancarkn “Deklarasi Rakyat 12 Januari” yang akan dibaca di akhir perhimpunan.

Mat Sabu turut mengjangkakan seramai 1 juta rakyat akan hadir ke perhimpunan itu yang turut dihadiri oleh badan bukan kerajaan (NGO) Anak, royalti, gabungan Bersih dan sebagainya. – Sumber berita