Fesyen, Pilihan

[ Fesyen ] Pantone – Hijau zamrud warna pilihan untuk fesyen tahun 2013! ( 10 gambar )

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Fesyen ] Pantone – Hijau zamrud warna pilihan untuk fesyen tahun 2013! ( 10 gambar )

Warna tangerine atau oren terang merupakan warna pilihan Pantone untuk tahun 2012 dan warna tersebut menyediakan rangsangan tenaga yang kita perlu untuk menyegarkan kita semula dan bergerak selangkah ke hadapan. Pada tahun 2013, warna pilihan adalah warna hijau Emerald yang boleh menggalakkan keseimbangan dan harmoni serta inspirasi seseorang.

Warna hijau zamrud sering dikaitkan dengan kecemerlangan dan kemewahan batu permata itu sendiri. Warnanya yang indah telah menjadi lambang kemakmuran, pembaharuan dan juga dari aspek kecantikan dan warna hijau juga sering dipilih untuk mewakili perpaduan dan penyembuhan. Warna hijau zamrud dipilih menjadi warna pilihan bagi tahun 2013 oleh syarikat Pantone syarikat yang terkenal dengan Pantone Matching System ( PMS ) atau Sistem Pemadanan Pantone (PMS) bagi ruang warna proprietari yang digunakan dalam pelbagai industri, terutamanya percetakan, dan juga pembuatan cat berwarna, kain, dan plastik.

Dari sudut fesyen pula, penggunaan warna hijau dalam pasaran dan juga di atas karpet merah semakin meningkat kerana keanggunan klasik warna hijau zamrud membuat si pemakai nampak lebih menarik. Beberapa pereka fesyen termasuk Tracy Reese, Nanette Lepore, Barbara Tfank, NAHM dan Marimekko akan menggabungkan warna hijau zamrud ke dalam koleksi musim bunga mereka kelak.

Mix match fesyen menggunakan warna hijau dan hijau zamrud

Kami ingin kongsikan produk berwarna hijau zamrud yang boleh anda beli untuk dipakai pada tahun ini! :)

Vans unisex Authentic sneaker : Verdant Green canvas
Aerosoles embroidered suede ‘Betunia’ flats
Gerard Yosca jeweled, gold-plated cuff bracelet
Coach leather ‘Legacy’ wallet
Lauren by Ralph Lauren one-shoulder “Broach” gown
Emerald Alexander Mcqueen skull peep-toe
Kendra Scott “Lorraine” 14 karat-gold plated jade earrings
Kate Spade emerald clutch

Sumber : SINI

 

Komen Anda