Kembara, Pilihan, Review, Review - Makanan

[Review Makanan ] – 10 Tempat Makan BEST Di Kuching, Sarawak

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[Review Makanan ] – 10 Tempat Makan BEST Di Kuching, Sarawak

Kali ini kami nak kongsikan tempat makan yang best yang terdapat di sekitar  Kuching Sarawak yang kami dah cuba sendiri dan juga cadangan dari mereka yang sudah berkunjung ke Kuching. Ada juga tempat yang telah direkomen oleh rakan-rakan kami yang tinggal di Kuching. Rata-rata menunya adalah Mee Kolok, Laksa Sarawak dan makanan laut.

Semoga dengan review makanan di Kuching Sarawak ini dapat membantu anda yang bakal melancong dan ingin mencuba makanan yang sedap-sedap disana. :)

1. Kopi O Corner, Satok, Kuching

Jalan Satok, 93400 Kuching, Malaysia

Nombor Telefon :  +6082244432 and +6082244430

Layari Laman Facebook Kopi O Corner : https://www.facebook.com/pages/Kopi-O-Corner/163139680395402

Bagi anda yang sukakan makanan tradisional orang Sarawak seperti Mee  Kolok, Laksa Sarawak, Mee Sapi dan sebagainya, kami cadangkan anda cuba makan di restoran ini.  Lokasinya tidak jauh dari Pasar Pagi Satok, Kuching. Kalau jalan kaki dari Pasar Satok , hanya mengambil masa 5 hingga 10 minit sahaja.

Ada pelbagai menu dihidangkan disini termasuklah Laksa Sarawak, Rojak Tambi ( rojak India ), Mee Rojak, Bubur Ayam, Mee Kolok, Mee Sapi, Mee Pok, Mee Jawa , Mee Kampua, Sate dan banyak lagi. Harga pula sangat berpatutan iaitu dari RM4 hingga RM6 bagi setiap menu. Selain itu juga, restoran ini menyediakan sajian lauk pauk yang boleh dimakan bersama nasi panas.

Kalau dari pukul 6 petang, menu seperti Nasi Goreng, Mee Goreng, Ayam Penyet dan pelbagai menu goreng-gorengan ada disediakan.

Restoran ini juga pernah muncul di dalam rancangan Jalan Jalan Cari Makan di TV3 dan juga Jom Makan! di TV2.

2. My Village Barok Bistro

My Village Barok Bistro, Jalan Brooke, Kuching, 93050 Sarawak

Jika anda mahu mencuba makanan seperti Manok Pansoh, Umai Ikan Kerapu, Ayam bakar, ayam penyet, Sayur Midin Goreng, disini adalah tempatnya. Lokasinya amat mudah dicari iaitu diseberang sungai di kawasan Waterfront iaitu sederet dengan kedai menjual Kek Lapis. Harganya amat berpatutan dan Manok Pansoh disini boleh dikatakan agak original kerana dimasak di dalam buluh. Sebelum terlupa anda boleh juga mencuba makanan tradisional Sarawak iaitu LINUT ( sagu yang dimakan bersama sambal belacan )

3. Mee Kolok Pak Amit Cafe

Lot 3108-3113, SL 3, Jalan AstanaKuchingMalaysia.

Telefon : 012 820 2040 / 019 815 5395

Dibuka dari 7 pagi hingga 11 malam

Facebook : Pak Amit Cafe 

Jika anda mahu mencuba Mee Kolok yang sedap, warung Pak Amit adalah tempatnya. Tetapi lokasinya agak sukar untuk dicari ( jika anda mempunyai teman yang tinggal di Kuching, mungkin anda boleh bertanyakan mengenai tempat ini ) . Rasa Mee Koloknya agak pekat dan sedap. Harganya pula murah dan best. Mengikut kata teman kami yang juga orang Sarawak, biasanya Mee Kolok disini cepat ‘sold out’ ,jadi kalau nak merasa Mee Kolok ini, kenalah datang awal ya.

4. Top Spot Foodcourt

Jln Padungan | Bukit Mata Kuching, Kuching, Malaysia

Dibuka pada waktu malam

Sudah semestinya Kuching yang terkenal dengan pelbagai menu makanan laut ini mempunyai tempat makan yang best untuk penggemar makanan laut. Gerai makan yang dinamakan Top Spot ini terletak betul-betul di tengah bandar Kuching ini mempunyai berbelas gerai yang menjual makanan laut. Cakap je semua jenis makanan laut ada. Cuma Top Spot ini dibuka dari lewat petang hingga lewat malam dan gerai pilihan pula adalah gerai nombor 25 dan 6 . Lokasinya pula terletak agak dekat dengna Hotel Pullman Kuching. Harga pula berpatutan iaitu menu udang galah diantara RM60 ke atas manakala menu seperti masakan udang, sotong, telur, sayur makan untuk 2-3 orang adalah sekitar RM50 sahaja.

5. Lock Ann ( ice kacang )

6. Bla Bla Bla Cafe

27 Jln Tabuan | Jln Wayang Area, Kuching, Malaysia
(082) 233 944

 Cafe yang mempunyai suasana romantik dan menarik ini terletak di jalan Tabuan, Kuching dan menu pilihan pengunjung pula adalah seperti Sayur Midin, Ayam Pandan, Penkek Itik Peking dan juga menu makanan barat mereka.

7. Bimmers Cafe

Petra Jaya (Jalan Duranta), Kuching, Sarawak 93050, Malaysia

Restoran Bimmers Cafe ini agak terkenal juga di Kuching kerana Teh 3 layer mereka yang sedap dan juga Mee Kolok serta Mee Sapi yang best. Bimmers Cafe ini menggunakan konsep mini gerai di dalam restoran mereka dan selain makanan tradisional Sarawak, makanan Thai, Sate, ayam golek, makanan india dan masakan Melayu juga boleh dimakan disini.

8. Swee Kang Ice Kacang

Ground Floor, Lot 176, Jln Hj Taha, Kuching, Sarawak 93400, Malaysia

Manisan yang popular di Kuching, Sarawak seperti White Lady ( seperti dalam gambar dibawah ) boleh didapati disini dengan harga RM2.80. Selain White Lady, anda boleh cuba menu seperti Bihun Belacan, Char Kueh Teow, Rojak, Sotong Kangkung dan juga ice kacang.

9. Bing! Coffee ( macam Starbucks )

Facebook : https://www.facebook.com/bingcoffee

Peminat kopi pula jangan lupa cuba minuman kopi di Bing Coffee. Bing Coffee mempunyai banyak outlet di sekitar Kuching dan bandar utama Sarawak. Pastikan anda cuba brownies dengan aiskrim yang terdapat disini.  Yang menarik mengenai Bing! Coffee ini adalah dekorasi interiornya yang sangat cun dan selesa. Menu yang boleh anda cuba adalah White Caramel Latte, Tiramisu Latte, White Mocha Latte.

10. Sugarbun

Laman web : http://www.sugarbun.com/

Outlet Sugarbun : http://sugarbun.com/main/outlets/

Sugarbun merupakan restoran makanan segera yang hanya terdapat di Sarawak ( selain Brunei, Bangladesh dan China ) sahaja jadi jangan lepaskan peluang cuba makanan disini. Menu utamanya adalah Ayam Goreng dengan Savoury Rice special seperti gambar di bawah. Selain itu, disini juga ada menu seperti burger, nasi lemak, kari ayam, Ikan sambal dan pelbagai lagi.

Komen Anda