Makanan, Pilihan, Tips, Tips - Makanan

8 Snek Dan Makanan Lewat Malam Yang Sihat Dan Rendah Lemak

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
8 Snek Dan Makanan Lewat Malam Yang Sihat Dan Rendah Lemak

Ada diantara anda yang selalu lapar pada waktu malam dan kadang-kadang bingung tidak tahu apa yang perlu dimakan supaya berat tidak bertambah. Anda masih boleh makan sesuatu, akan tetapi anda perlu mencari makanan ringan yang betul. Elakkan dari makan 300 kalori atau lebih dan tunggu sekurang-kurangnya 1 jam sebelum anda tidur selepas makan snek terakhir malam itu. Kami kongsikan 10 jenis snek sihat yang boleh anda cuba.

1. Bijirin

Dengan kandungan serat yang tinggi, bijirin adalah makanan ringan tengah malam terbaik. Ia dapatkan dicerna dengan mudah dan juga akan membantu memuaskan rasa lapar anda. Bijirin Multi-grain, crispies beras, emping  memenuhi kriteria makanan ringan sihat di tengah malam.

2. Oatmeal 

Oat adalah pilihan makanan rendah lemak yang berkhasiat. Anda boleh menambah buah-buahan dan susu dan makan bersama-sama dengan oatmeal anda.

3. Buah-buahan

Anda boleh cuba makan buah kegemaran anda sebagai pilihan. Terdapat banyak buah yang sesuai antaranya pisang, epal, pic, plum, ceri, anggur dan mangga. Anda boleh juga membuat jus buah-buahan ataupun smoothie.

4. Kekacang

Sumber tertinggi protein selepas bijirin dan lentil adalah kacang. Anda boleh cuba makan badam, pecans, walnut, pistachio untuk mengurangkan rasa lapar dan mendapat khasiat Vitamin E.

5. Susu

Segelas susu badam amat baik untuk memulihkan tenaga di dalam badan. Walau bagaimanapun anda juga boleh cuba susu lembu biasa atau susu serbuk dan menikmati ia sama ada sejuk atau panas.

6. Sayuran

Sayuran sesuai bagi anda yang ingin mengurangkan berat badan dan dalam masa yang sama ingin menghilangkan rasa lapar lewat malam. simpanan vitamin, mineral, dan fitonutrien yang boleh digunakan oleh badan anda untuk penyembuhan semalaman dan khasiat. Anda boleh menyediakan hidangan sayur-sayuran terlebih dahulu jika anda bercadang untuk berjaga lewat malam.

7. Keju Cottage

Satu setengah cawan keju Cottage mengandungi 16 gm protein tetapi hanya mempunyai 102 kalori dan dua gm lemak. Ini adalah berbeza sama sekali dengan lain-lain jenis keju yang mengandungi banyak lemak. Samada anda boleh mencampurkan dengan buah-buahan atau makan dengan biskut oatmeal

8. Daging ayam

Protein tanpa lemak bukan sahaja baik untuk otot anda tetapi juga akan membuat anda rasa kenyang tanpa menambah berat badan anda. Jadi, jika anda mengidam sesuatu sebelum anda tidur, makan daging tanpa kulit yang digrill ataupun bakar untuk membantu anda lebih kenyang  sehingga pagi.

BACA  Manggis Si Ratu Buah Banyak Beri Manfaat Awet Muda!
Leave a Reply
Your email address will not be published. *