Tergamam penulis membaca artikel yang diterbitkan oleh myMetro, seorang lelaki warga emas disamun dan dijolok botol minyak wangi di duburnya oleh sekumpulan warga Afrika dalam kejadian di Sungai Way semalam.
Kejadian terjadi jam 10.30 malam apabila warga emas pada usia 63 tahun sedang menuju ke keretanya selepas makan malam sebelum didatangi lelaki warga Afrika. Suspek mengeluarkan pisau dan mengugut akan mencederakan mangsa jika melawan dan pada masa sama, suspek bertindak menghubungi rakannya.
“Mangsa ditolak masuk ke dalam keretanya. Kemudian dua lagi suspek lelaki tiba termasuk seorang yang membawa sebotol minyak wangi. Suspek meminta mangsa menyerahkan semua wang, namun mangsa enggan. Keengganan mangsa menyerahkan wang menyebabkan suspek berang dan bertindak menjolok botol minyak wangi ke dalam dubur mangsa. Akibat tidak tahan menanggung kesakitan, mangsa menyerahkan RM200 yang diselitkan di poket kecil bahagian pinggang seluarnya, tetapi suspek masih tidak berpuas hati sebelum menyamun semua wang mangsa berjumlah RM550,” katanya.
Mangsa ditinggalkan berseorangan dan dalam kesakitan itu, dia cuba mengeluarkan botol minyak wangi terbabit, tetapi gagal sebelum segera menghubungi polis. Katanya, polis yang tiba di tempat kejadian bergegas menghantar mangsa ke sebuah pusat rawatan swasta dan mangsa menjalani pembedahan mengeluarkan botol daripada duburnya, semalam. Polis masih tidak dapat mengambil keterangan si mangsa kerana masih dalam keadaan lemah.