Gossip Tempatan

Kes Khalwat : Neelofa Kecewa, Fazura Sindir Di Twitter

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Kes Khalwat : Neelofa Kecewa, Fazura Sindir Di Twitter

Rasanya semua tahu berita kes khalwat pelakon Neelofa dengan seorang ahli perniagaan tempatan. Walaubagaimanapun, Neelofa dan pengurusnya sudah menafikan dakwaan tersebut, malah pelakon itu meminta semua pihak menghentikan cerita yang tidak berasas itu.

IKLAN

“Sejujurnya saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga ianya tersebar dan jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini. Sekarang saya berada diluar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut,” katanya menerusi laman Twitter.

“Dan kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam isi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi,” katanya.

Sejurus sahaja berita kes khalwat Neelofa tersebar, pelakon yang dingin dengan Neelofa iaitu Fazura terus memuat naik status yang seakan-akan memerli seseorang di laman Twitternya.

“Rasanya sudah sampai masa orang di luar sana mengetahui perkara sebenar tentang kamu dan juga suami M seperti mana yang kami tahu. ALLAH maha besar. shameonyou”.

Entahlah, mungkin tweet tersebut ditujukan untuk Neelofa. Tapi Neelofa sendiri menafikan sekerasnya dakwaan dia berkhalwat. Persoalannya, siapa ahli perniagaan yang dikaitkan dengan Neelofa, suami kepada selebriti M? Hurmmmm…

statusnur fazuraScreen Shot 2013-12-30 at 9.14.43 AM

Screen Shot 2013-12-30 at 9.14.52 AM

Screen Shot 2013-12-30 at 9.15.24 AM

IKLAN