Berita & Isu Semasa, Pilihan

[Gempar] Pelajar Sekolah Agama di Kelantan Bunuh Diri? (5 Gambar 18SG)

Wanista.com
/
[Gempar] Pelajar Sekolah Agama di Kelantan Bunuh Diri? (5 Gambar 18SG)
Pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas Bunuh Diri
Pelajar Maahad Tahfiz Kok Lanas Bunuh Diri

Kita digemparkan pagi tadi dengan kematian seorang pelajar lelaki Maahad Tahfiz Kok Lanas yang dikatakan menggantung diri dengan keadaan separuh bogel (tidak berseluar) di dalam tandas asrama.

Menurut laporan polis, mayat dijumpai oleh penyelia asrama, Zul Atfi Mohamad, ketika beliau membuat rondaan sekitar asrama sebelum terhidu bau busuk di tandas di tingkat bawah.

“Curiga dengan keadaan itu, saya mengambil kerusi yang berada di luar dan cuba memanjatnya bagi meninjau keadaan dari dalam tandas yang terkunci itu.”

“Ketika saya memanjat dinding bilik air berdekatan dengan siling tandas, saya mendapati mayat seorang lelaki separuh bogel dengan hanya memakai baju dan jaket manakala lehernya diikat dengan kain pelekat tergantung dalam tandas dan terdapat kesan darah dan najis di lantai bilik air itu,” kata Zul Atfi.

Pihak polis Kota Bharu telah mengenal pasti mayat mangsa dan menyemak senarai pelajar yang tidak pulang ke kampung sempena cuti sekolah. Difahamkan ketika kejadian, 22 orang pelajar tidak pulang ke rumah, mungkin kerana mereka berniat untuk manghabiskan hafazan. Ada saksi mengatakan, pengecaman mayat melalui wajah jadi sukar kerana wajah mayat telah membengkak.

“Dari hasil siasatan terhadap mayatnya, pelajar itu sudah tiga hari berada dalam keadaan demikian. Melalui pengamatan yang dijalankan, kejadian terbabit tiada kaitan dengan unsur jenayah dan kes diklafikasikan sebagai kematian mengejut,” kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman.

Kami percaya bedah siasat akan dijalankan ke atas mayat itu, namun buat masa kini, pihak polis mengklasifikasikan tragedi ini sebagai mati mengejut. Alfatihah.

Amaran: Gambar di bawah ini mempunyai unsur grafik dan mungkin boleh mengganggu emosi anda:

 

Sinar Harian

Komen Anda