Berita & Isu Semasa, Pilihan

Kahwin Muda Lagi: Remaja 15 Tahun Ingin Jadi Suami Terbaik

Wanista.com
/
Kahwin Muda Lagi: Remaja 15 Tahun Ingin Jadi Suami Terbaik

nikah16

Berita kegagalan pasangan yang kahwin muda yang bercerai talak tiga tidak beberapa lama dahulu nampaknya tidak menghalang remaja berusia 15 tahun, Muhamad Haikal Farith Mohd Shah untuk menikahi kekasihnya, Nur Hazwani Mohd Kamal yang berusia 16 tahun. Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda. Katanya, walaupun beliau muda setahun daripada isterinya, namun semangat dan tanggungjawab semakin membara dalam dirinya terutama selepas selamat dinikahkan bagi memastikan perkahwinan mereka bahagia.

“Walaupun masih muda, saya berusaha menjadi suami terbaik dan memastikan rumah tangga didirikan kekal hingga ke akhir hayat. Memang ramai memandang sinis, tetapi kami akan berusaha membuktikan usia bukan jaminan kebahagiaan. Setakat ini keluarga dan adik beradik banyak memberi semangat. Usia muda bukan penghalang untuk jadi suami terbaik dan saya akan buktikan,” tegasnya ketika ditemui membawa pasangannya menziarahi rumah saudara mereka di sini, semalam.”

Muhammad Haikal yang sudah tidak bersekolah sejak setahun lalu, membantu perniagaan bapanya yang juga seorang kontraktor binaan. Mohd Shah berkata, walaupun sudah berkahwin, namun anak dan menantu akan tinggal bersama keluarganya, sementara menantunya akan terus bersekolah.

Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000.

Komen Anda