Makanan, Pilihan

Isu kebersihan : Restoran Nasi Vanggey atau Nasi Ganja di Ipoh diarahkan tutup 2 minggu

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Isu kebersihan : Restoran Nasi Vanggey atau Nasi Ganja di Ipoh diarahkan tutup 2 minggu
nasi-vanggey ipoh
Pernahkah anda cuba makanan yang dihidangkan di restoran Vanggey” iaitu restoran popular di Ipoh yang menghidangkan menu nasi kandar atau lebih dikenali dengan nama ‘nasi ganja’? Baru-baru ini restoran itu diarahkan tutup selama 2 minggu mulai semalam sehingga 28 November gara-gara mendapat laporan mengenai tahap kebersihan yang gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.  Operasi bersepadu bermula 5 petang itu melibatkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri dan Jabatan Imigresen.
Restoran yang terletak di Jalan Yang Kalsom ini mendapat jolokan ‘nasi ganja’ kerana keenakkannya dan membuat pengunjung datang berkali-kali kerana ketagih nasi kandar disitu. Walau apapun khabar angin yang tersebar di media sosial, rasanya sebagai salah satu tempat makan yang popular di Ipoh, restoran Vanggey sepatutnya menjaga tahap kebersihan restoran dan kualiti makanan yang dihidangkan kepada pengunjung kerana restoran ini merupakan salah satu daya tarikan pengunjung ke bandar Ipoh. [ VIA ]
notis-tutup-kedai

IKLAN

Leave a Reply
Your email address will not be published. *