Review - Kecantikan

Review : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Review : Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash

Kami ingin memperkenalkan produk pembersih wajah dari Hada Labo yang terbaharu iaitu Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash yang memberi tumpuan kepada masalah kulit spesifik. Jadi pada pembaca yang mempunyai masalah kulit yang tertentu, boleh memilih sama ada untuk menggunakan produk pembersih yang sesuai dengan masalah kulit anda.

IKLAN

Kalau inginkan kulit yang bersih dan sihat, pembersihan yang kerap amat penting untuk membantu menanggalkan kotoran dan sel kulit mati daripada permukaan kulit. Tak guna anda memakai produk kecantikan wajah yang berjenama dan mahal kalau Kotoran, minyak dan sel kulit mati terkumpul di atas kulit anda kerana menyebabkan kulit tidak dapat menyerap kandungan berfaedah produk penjagaan kulit.

Foto – Arkib Wanista

Produk pembersih wajah baru Hada Labo dirumuskan dengan Bentonite Clay yang mempunyai 70 jenis mineral hasil daripada mendapan abu gunung berapi semula jadi. Bentonite Clay yang terdapat di dalam rumusan pembersih wajah ini menyerap kotoran dan minyak dengan efektif daripada kulit. Selain teksturnya yang halus, ia mampu menanggalkan sel kulit mati, lantas membersihkan liang pori dan memperbaiki tekstur kulit.

Sama seperti produk Hada Labo lain, Hyaluronic Acid juga merupakan ramuan penting di dalam produk pembersih wajah ini. Dengan memiliki perintang kelembapan yang hebat, Hyaluronic Acid mampu memelihara dan mengunci lembapan jauh ke dalam kulit untuk kelembapan berpanjangan. Kulit berasa bersih dan segar tanpa rasa lekit dan kering.

Pencuci muka Hada Labo terbaharu ini membersih dengan lembut tanpa menghakis lembapan semula jadi kulit. Ia pH seimbang dan bebas dari sumber haiwan, alkohol, pewarna, pewangi dan minyak mineral menjadikannya sempurna untuk semua jenis kulit.

Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, RM 20.90

Pembersih ini sesuai untuk kulit cenderung berjerawat dan berminyak. Kandungan Wild Pansy dalam produk ini mempunyai kuasa anti jerawat dan juga membantu menyeimbangkan kadar sebum kulit wajah. Ia juga mengandungi Salicylic Acid, untuk menghilangkan sel kulit mati dan menjadikan kulit lebih sihat, bersih dan mulus.

Giphy

Hada Labo Deep Clean & Pore Refining Face Wash, RM 20.90

Pembersih ini sesuai untuk kulit dengan liang pori yang besar serta berminyak. Ia membersih dengan mendalam, mengawal penghasilan sebum, membantu mengecilkan saiz liang pori dan memperbaiki penampilan kulit. Ia mengandungi Alpaflor Alp-Sebum (dari pokok Alpine) yang membantu mengawal aktiviti 5α-reductase kulit (sejenis enzim yang menghasilkan sebum), mengekalkan kulit tanpa kilauan dan liang pori kurang jelas.

IKLAN

Hada Labo Hydra & Whitening Face Wash, RM 20.90

Produk ini sesuai untuk kulit kusam dan kering. Ia mengandungi REGU-FADE, atau Resveratrol, yang merupakan ramuan antioksidan dan agen pencerahan kulit yang efektif. Ia juga mengandungi Fucosorb, ekstrak rumpai laut yang berfungsi di dalam pembinaan rangkaian selular kulit dan mempunyai efek lembapan dan antioksidan yang hebat.

Cara penggunaan: Basahkan wajah, kemudian picit keluar 2cm pada tapak tangan. Sapukan pencuci muka dengan sekata menggunakan hujung jari, kemudian gosok dengan tapak tangan sehingga berbuih kemudian baru sapukan di muka. Setelah mengurut muka dalam beberapa minit, bilas muka dengan air. Lapkan muka dengan menggunakan tuala bersih. Rangkaian Pembersih Wajah Hada Labo boleh didapati di cawangan farmasi seluruh Negara bermula September 2013.

Foto – The List

Review produk Wanista :

Kami telah mencuba ketiga-tiga produk Hada Labo Deep Clean & Blemish Control Face Wash, Deep Clean & Pore Refining Face Wash dan Hydra & Whitening Face Wash.

Teksturnya agak likat dan pekat mungkin kerana bahan Bentonite Clay dan juga Hyaluronic Acid di dalam produk pembersih wajah tersebut. Bagi yang tidak sukakan produk pembersih wajah yang mempunyai bau, ini merupakan produk yang sesuai untuk anda kerana ia didatangkan tanpa bau dan juga alkohol. Selepas memakai produk ini, wajah akan rasa lebih segar dan bersih.