Makanan, Tips - Makanan

Resepi Ketam Masak Lemak Nenas Yang Sedap & Mudah!

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Resepi Ketam Masak Lemak Nenas Yang Sedap & Mudah!

Hari ini penulis nak kongsikan resepi ketam masak lemak dengan nenas yang sangat sedap dan mudah. Selamat mencuba tuan dan puan!

Resepi:

  • 4 ekor ketam
  • 1/2 biji nenas
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1/2 kunyit hidup
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 1 biji santan – boleh jugak ditukar santan kotak
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa

Cara membuatnya:

Bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api dan kunyit hidup dikisar sehingga hancur. Ketam yang telah dibersihkan dibelah dua dan masukkan ke dalam periuk. Nenas yang telah dibersihkan dipotong dadu/ikut selera tekak anda dimasukkan ke dalam periuk. Bahan yang telah lumat dikisar dimasukkan ke dalam periuk bersama dengan 2 batang serai yang telah diketuk. Kemudian tutup periuk dan biarkan api perlahan. Setelah air dari bahan kisar dan ketam juga nenas agak kering, masukkan santan. Kacau perlahan dan biarkan mendidih, selepas itu masukkan garam serta serbuk perasa. Biarlah secukup rasa. Biarkan sekejap/mendidih sehingga masak.

Makan dengan nasi panas.

BACA  Dah Kenapa Restoran Makanan Segera Wendy’s Tutup Cawangan Di Malaysia
Leave a Reply
Your email address will not be published. *