5 perkara yang lelaki benci tentang wanita? Apa dia? Mungkin disebabkan perangainya atau sikap menyebabkan lelaki menolak untuk bersama wanita sedemikian.
Kami senaraikan antara 5 perkara ini yang membuatkan lelaki begitu membenci wanita. 🙂
Wanita – Boss
Seorang wanita yang berjaya atau kuat semangat, begitu bebas dan bercita-cita tinggi menyebabkan lelaki takut mendekati mereka ini. Ramai tanggapan meengatakan wanita sebegini mempunyai prinsip ‘tidak kisah hidup tanpa lelaki’. Malahan juga, wanita sebegini hanya memulakan hubungan perniagaan/kerja dan bukannya untuk romantis.
Mengemis – Dull
Lelaki tidak suka atau lebih tepat lagi benci akan wanita sebegini, pada lelaki wanita sebegini merimaskan dan langsung tidak punya pendapat sendiri. Sukar untuk lelaki dapat apa yang mereka mahu bila bersama dengan wanita sebegini.
Just-a-friend
Wanita yang tidak mesra, mempunyai personaliti yang berbeza bila di rumah dan di luar. Bila diajak melepak bersama kawan lelaki, wanita ini menjaga tingkah laku dan langsung tidak mesra – seperti langsung tidak masuk dengan kawan lelaki. Apabila berdua, lain pula perangainya.
Puteri – Paris Hilton
Wanita ini mempunyai permintaan yang sangat tinggi, sukakan barangan mewah, bunga, berlian tanpa kawalan. Tidak semua lelaki mampu memenuhi permintaan wanita sebegini. Mereka hanya fikirkan tentang pakaian, beg tangan dan segala macam barangan mewah.
Wanita obses
Mereka sentiasa memikirkan tentang hal rumah tangga yang kadang-kala memeningkan lelaki. Cepat emosi bila bincang tentang isu perkahwinan.
Anda yang mana satu?