IKLAN
Kesihatan, Pilihan, Tips - Kesihatan

[ Info Kesihatan ] Masalah pelat boleh dipulihkan?

Malisa Aina
/
Individu yang suka menulis dan layan Netflix.
[ Info Kesihatan ] Masalah pelat boleh dipulihkan?
Sumber:www.youtube.com
Sumber:www.youtube.com

Sejak dulu lagi ramai yang beranggapan pelat disebabkan lidah pendek. Sebenarnya tiada istilah lidah pendek ataupun tebal, hal ini kerana panjang lidah seseorang tidaklah terlalu berbeza.

Pernahkan anda pergi berjumpa doktor untuk masalah ini?

Sebenarnya bukan lidah yang pendek, tetapi kerana wujud perbezaan pada bahagian yang dinamakan ‘frenulum linguae’, yang menyebabkan gangguan untuk melafazkan suatu huruf atau lebih dikenali dengan istilah pelat. Huruf seperti R, S, F dan banyak kali.

‘Frenulum Linguae’ dapat dilihat apabila anda menggerakkan lidah ke atas. Ia kelihatan seperti tisu yang menghubungkan dasar mulut dengan lidah. Perbezaan panjang dan pendek ‘frenulum linguae’ inilah yang menyebabkan lidah sukar bergetar lalu menyukarkan seseorang menyebut huruf berkenaan. – sumber

Penyelesaian

  1. Menjalani terapi pertuturan (speech therapy) dengan syarat, memang tiada kelainan atau gangguan kesihatan lain yang boleh menyebabkan keadaan yang anda hadapi ini.
  2. Terapi ini merangkumi pergerakan nafas atau penyebutan huruf tertentu yang sukar bila dilakukan tanpa bantuan pakar kerana melibatkan koordinasi lidah dan bahagian lain di rongga mulut.
  3. Boleh juga dapatkan nasihat pakar terapi pertuturan.

IKLAN