Fesyen, Pilihan, Tips

[ Tips Fesyen ] Tips ketahui cara yang betul mengenakan pakaian jenis Chiffon

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
[ Tips Fesyen ] Tips ketahui cara yang betul mengenakan pakaian jenis Chiffon

trik-memakai-busana-berbahan-chiffon

IKLAN

Chiffon adalah busana yang sedang mendapat perhatian sepanjang tahun 2013 ini. Chiffon memberikan penampilan yang feminin dan elegan, chiffon senang disimpan dan menjadi pilihan ramai kerana kainnya sangat ringan dan mudah disimpan. Boleh dikenakan di pelbagai acara, baik ke pejabat, ke majlis perkahwinan, ke acara kasual atau sedang menonton dengan kekasih, chiffon ini boleh dipakai ke mana sahaja tidak kira tempat. Punya reka bentuk dan motif yang beraneka ragam, sehingga menyempurnakan setiap penampilan anda. Chiffon sendiri sebenarnya berasal dari perkataan Perancis yang bererti pakaian. Dan merupakan bahan pakaian yang popular digunakan untuk membuat scarf, gaun, blouse dan pakaian.

lol

KELEBIHAN

  • Kerana nipis ia mudah disimpan dan tidak memerlukan ruang tempat
  • Kerana nipis ia mudah mengikuti bentuk tubuh dan tidak membuat tubuh kelihatan gemuk
  • Ia tidak mudah kusut
  • Menyerap keringat cukup baik

KEKURANGAN

  • Kerana nipis ia merupakan busana “see through” yang memerlukan si pemakai harus mencari pasangan inner agar kelihatan sopan
  • Cenderung agak panas

hl_chiffon2

Bagaimana cara mengenakan busana chiffon agar tetap kelihatan anggun dan sopan?

Hitam dan putih

Apabila anda ingin tampil elegan dan ragu memilih jenis chiffon yang sesuai, maka anda tampil dengan warna hitam atau putih sahaja.. Boleh dipadukan dengan jeans dan bahan lain, sememangnya chiffon boleh memukau dan mencuri perhatian.

IKLAN

Gabungan chiffon

Disyorkan agar chiffon tidak dipadukan dengan bahan chiffon lain. Lebih baik pilih dari kain jeans, kapas, atau bahan lain yang memang lebih sesuai dipadukan dengan chiffon dan tidak membuatkan ianya membosankan. Tips terbaik menggabungkan chiffon dengan bahan lain adalah mencari warna yang senada atau neutral untuk dipadukan .

Simple

Chiffon adalah bahan yang membuatkan anda kelihatan mewah, sehingga anda tak perlu memilih dan memakai aksesori yang berlebihan. Memilih chiffon yang mempunyai corak maka elakkan aksesori.

Pop Color

Warna -warna pastel yang ceria akan menjadikan warna yang sesuai dipilih menemani bahan chiffon. Anda boleh bermain warna sehingga memberikan kesan tampak lebih muda dan fresh dengan chiffon berwarna ceria. Bongkar almari anda dan keluarkan semua pakaian jenis chiffon yang selama ini membuatkan anda ragu memakainya. Padu padankan dengan jeans atau apa saja yang anda rasakan sesuai dan selesa.

chigg

lol