Pilihan, Review - Fesyen

[ Review ] Set solekan Majolica Majorca – The Little Humming Book III & Lash Expander Edge Meister

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Review ] Set solekan Majolica Majorca – The Little Humming Book III & Lash Expander Edge Meister

Baru-baru ini kami telah diberikan set solekan dari jenama Jepun iaitu Majolica Majorca iaitu set solekan mini The Little Humming Book III dan juga maskara eksklusif Lash Expander Edger Meister. Jenama alat solek Majolica Majorca merupakan salah satu jenama di bawah Shiseido jadi kualitinya tidak boleh dipertikaikan lagi. Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia.

DSC_0540 copy

Shiseido Majolica Majorca Lash Maskara

Produk ini merupakan maskara tahan lama yang akan meningkatkan penampilan mata seseorang dengan ketara.Maskara ini adalah produk kalis air, dan ia dibuat di Jepun menggunakan teknologi kosmetik terkini.Produk ini datang dengan berus yang unik, yang memisahkan setiap bulu mata semasa memakainya.

Oleh kerana sifat kalis air, maskara anda tidak akan tertanggal dengan mudah walaupun dalam cuaca hujan ataupun panas. Ianya amat mudah untuk digunakan dimana berusnya mempunyai dua permukaan untuk digunakan pada bulu mata di bahagian bawah dan atas mata.

DSC_0496 copy

DSC_0532 copy

DSC_0528 copy

Set solekan mini The Little Humming Book III 

Majolica Majorca telah mengeluarkan set solekan The Little Humming Book yang telah mendapat sambutan ramai. Baru-baru ini satu lagi set solekan telah diperkenalkan yang untuk memperingati ulang tahun ke-10 Majolica MAJORCA. Yang menariknya, walaupun hanya mempunyai 3 warna berbeza, anda boleh memakai pada mata anda dengan pelbagai campuran warna berbeza mengikut citarasa anda.

DSC_0542 copy

Produk ini mempunyai krim asas untuk mata (  TABLE NAPKIN ) yang disapukan pada mata terlebih dahulu. Kemudian anda boleh sapukan pembayang mata yang berwarna merah jambu berkilauan ( ANTIQUE BERRY ) dan juga emas berkilauan ( BRICK WALL ). Dan yang terakhir, sapukan lip gloss ( TOMATO JAM ) yang amat senang untuk dioleskan pada bibir.

thelittlehummingbook

Set ini mengandungi:

Eye Cream Base in No. 1 Table Napkin – krim asas solekan mata
Eye Shadow in No. 2 Antique Berry–pembayang mata
Eye Shadow in No. 3 Brick Wall– pembayang mata
Lip Gloss in No. 4 Tomato Jam – lip gloss

Mata kiri : Tidak memakai solekan. Mata kanan memakai solekan krim asas mata
Mata kiri : Tidak memakai solekan. Mata kanan memakai solekan krim asas mata
Mata kiri : Tidak memakai solekan. Mata kanan memakai solekan sepenuhnya.
Mata kiri : Tidak memakai solekan. Mata kanan memakai solekan sepenuhnya.
Mata kiri : Tidak memakai solekan. Mata kanan memakai solekan sepenuhnya.
Mata kiri : Tidak memakai solekan. Mata kanan memakai solekan sepenuhnya.

DSC06977

Memakai lip gloss Tomato Jam
Memakai lip gloss Tomato Jam

Leave a Reply
Your email address will not be published. *