Fesyen, Pilihan

[ Fesyen ] Koleksi cermin mata terkini Bally, Police, Porche Design, Charmant Blue Label

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Fesyen ] Koleksi cermin mata terkini Bally, Police, Porche Design, Charmant Blue Label

_MG_6343

Kami telah berkesempatan untuk hadir ke majlis makan malam eksklusif  untuk memperkenalkan koleksei baru cermin mata dari jenama Bally, Police, Porche Design dan Charmant Blue Label oleh pengedar untuk kaca mata berjenama antarabangsa di Malaysia, Sin Kwang yang bertempat di The Gardens Hotel. Kami cukup teruja melihat koleksi terkini cermin mata terkini terutamanya dari jenama Porche Design untuk cermin mata hitam dan juga Police untuk cermin mata berbingkai.

Koleksi Police

Jenama Police yang ditubuhkan pada tahun 1980-an semasa zaman perubahan budaya dan sejarah dunia fesyen, mendapat sambutan hangat di seluruh dunia. Walaupun Police 100% ciptaan Itali, jenama ini telah menakluki pasaran global. Keunikan Police terserlah dalam produk yang ditawarkannya: cermin mata uniseks dengan ciri-ciri maskulin yang sesuai untuk lelaki mahupun wanita yang ingin kelihatan ranggi dan sofistikated.

 

_MG_6132 _MG_6114

_MG_6092

Koleksi Charmant Blue Label

Jenama Charmant dari Jepun dikenali seluruh dunia sebagai kaca mata berkualiti tinggi dengan reka bentuk inovatif. Charmant dikenali sebagai pakar bingkai Titanium kerana koleksinya diperbuat daripada logam titanium yang tahan kakisan dan tahan lasak dengan reka bentuk kontemporari mengikut piawaian dan penyelidikan bertaraf dunia. Penampilan kaca mata Charmant Blue Label yang ringan, anggun adalah sesuai untuk semua peringkat umur.

IKLAN

_MG_6325

_MG_6311

Koleksi Porsche Design

Porsche Design adalah jenama mewah yang ditubuhkan pada 1972 dengan penumpuan khas kepada kehebatan teknikal serta inspirasi untuk melahirkan produk yang menawarkan fungsi, daya tahan dan reka bentuk inovatif kepada para pengguna. Bagi Porsche Design, reka bentuk mewah merangkumi kemahiran teknikal yang inovatif, pertukangan tangan sempurna dengan pergunaan bahan berkualiti tinggi. Matlamatnya ialah bagi mewujudkan produk yang kekal seumur hidup.

Melalui kaca mata ini, Porsche Design menawarkan gaya moden yang unik dan berbeza. Cogankata “The Urban Modernist” bagi produk ini mencerminkan reka bentuk tahan lasak, elegan dan tulen. Koleksi ini diilhamkan daripada bentuk seni bina dan geometri yang unik. Warna hitam mencirikan sebahagian besar koleksi ini, dengan kontra diberikan oleh warna burgundy yang mesra dipandang.

_MG_6422

_MG_6412

Koleksi Bally

Koleksi Bally mencakupi intipati jenama Swiss yang berusia 160 tahun. Unsur-unsur ikonik seperti jalur Trainspotting merah dan putih, motif Mountain Goat, lencana Bally dan Blok-B diberi tafsiran baru dalam koleksi hebat ini.

Koleksi kaca mata pertama di dunia oleh Bally, koleksi lelaki utamanya adalah reka bentuk aviator yang klasik dengan penyangkut hidung dan tangkai kaca mata berselaput kulit. Logo terkenal Bally – Blok-B – yang terdapat di hujung tangkai kaca mata diperbuat daripada logam. Kantanya terdapat dalam dua warna iaitu perang atau hijau polarized.

Anda boleh dapati kesemua koleksi cermin mata terkini di kedai cermin mata yang berhampiran mulai akhir tahun ini.

_MG_6688

_MG_6634

_MG_6713

IKLAN