Acara, Fesyen, Pilihan

[ Acara / Fesyen ] Pameran perdagangan produk tempatan InStyle Langkawi di Perdana Quay

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Acara / Fesyen ] Pameran perdagangan produk tempatan InStyle Langkawi di Perdana Quay

SONY DSC

IKLAN

Pada 20 dan 21 September lalu ,telah berlangsung satu pameran perdagangan di Perdana Quay Langkawi yang melibatkan lebih 40 jenama tempatan yang mempromosikan hasil kraf dan barangan mereka di acara Instyle Langkawi Trade Fair. Acara yang berlangsung selama dua hari itu berjaya menarik pelancong dan juga pihak hotel-hotel tempatan dan luar negara yang bakal memasarkan produk tempatan di rangkaian hotel mereka dan ini merupakan salah satu langkah yang amat baik untuk mempromosikan barang buatan Malaysia.

SONY DSC

SONY DSC

Acara ini telah disempurnakan dengan kehadiran YTM Tunku Panglima Besar Kedah Dato’ Seri  DiRaja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Binti Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah DKH., DKYR., SHMS., PSM.,PAT., HonPHD.(UUM)., Hon.PHD(KUIN), Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang merasmikan majlis pembukaan di The Danna Langkawi Hotel. Acara ini diserikan dengan div-div kehormat dari dalam dan luar negara. Pereka fesyen terkenal untuk Jendela KL, iaitu Encik Faisol Abdullah , bersama dengan syarikat Alfa Baru Sdn Bhd telah mengadakan pameran dan juga jualan yang berkonsepkan santai dan setiap vendor yang terlibat diberikan booth yang amat menarik dan dihasilkan dengan penuh seni untuk mempamerkan setiap barangan mereka.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

Antara jenama tempatan yang terlibat di dalam pameran perdagangan ini adalah Asia Essentials, Jawi House Cafe Gallery, JungleWalla, Baby Cheryl, Anakijo, Josh Lee, KB,The Batik Boutique, Cantik!, Kuen Stephanie, Earth Tree, KitaKita, Mayprilz, Epthon Craft & Design, Francisca & D, Mediterrasian, Mita Tam, Mikka Green, Gadis Manis Malaysia, Moniko, Nala,  Ornapaper,Osare Design, Ruzz Gahara, Taharah, Whimsigirl, Thirtyfour, Tempatan, Prosun, Tanamera dan banyak lagi. Acara ini juga telah disokong oleh LADA dan Tourism Malaysia dan juga telah didaftarkan di bawah Matrade.

IKLAN

Ini merupakan satu inisiatif yang baik kerana menjadi platform untuk jenama tempatan yang unik dan terkini dipasarkan di serata tempat di dalam negara mahupun luar negara dan kami lihat bukan calang-calang jenama yang hadir untuk mempromosikan produk mereka.

Berikut kami ingin kongsikan gambar-gambar yang menarik sepanjang acara itu berlangsung selama dua hari. Selain daripada pameran selama dua hari, para pelancong, media dan juga vendor dapat merasai nikmat dan kecantikan kawasan pelancongan dan juga makanan di Langkawi dengan acara parti di kawasan dermaga Perdana Quay dan juga lawatan ke The Danna Hotel Langkawi yang memang sudah diketahui akan ke’gah’annya.