Info Menarik, Pilihan, Review, Review - Filem

[ Review Filem ] Watak Rosyam Nor paling menonjol dalam KL Gangster 2 – 4.5 bintang

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
[ Review Filem ] Watak Rosyam Nor paling menonjol dalam KL Gangster 2 – 4.5 bintang

ohartis-poster-KL-Gangster-2-622x898

Mungkin ada segelintir pihak yang sudah menonton KL Gangster 2 menerusi cetak rompak ataupun bocor di internet, nasihat saya sila tonton di pawagam kerana kepuasannya lain dan gempak. Lagi satu, sokong industri perfileman Malaysia dengan pergi ke pawagam. Penulis dah tengok filem ini di pawagam dan penulis tabik dengan lakonan Rosyam Nor. Rosyam Nor yang memegang watak sebagai Tai Long merupakan ketua gangster paling jahat dan berhati binatang. Ini adalah kelainan untuk filem KL Gangster 2 yang diketengahkan oleh pengarah Syamsul Yusof. Malah, lakonan pelakon senior yang berusia 46 tahun boleh dikatakan paling menonjol berbanding watak pelakon utama Aaron Aziz dan Adi Putra. Malah, penulis sendiri cukup geram dengan setiap babak yang ada Rosyam Nor kerana setiap babak berjaya dilakonkan dengan cemerlang. Anda datang ke pawagam kerana ianya langsung tidak merugikan. Kepuasannya lain bila anda tonton di pawagam.

BACA  Menangi Pas Eksklusif ke Tayangan Perdana Filem 'The Girl on the Train'

kl

Rosyam Nor sendiri menjelaskan “selama 30 tahun bergelar pelakon, ini adalah watak paling ganas saya pernah bawa dan untuk lebih menjiwai watak Tai Long ini, sebahagian daripada aksi ’stunts’ saya lakukan sendiri.”

Yang menarik lagi, filem ini bukan kesinambungan daripada apa yang berlaku kepada watak Malik dan Jai tetapi kali ini pengarah melakukan ‘flashback’ dengan menceritakan sebab Malik dipenjarakan, kenapa Jai tidak menyukai abangnya, Malik, hubungan persahabatan Malik dan King, kenapa Shark benci pada Malik, bagaimana ibu Shark mati dan juga timbulnya watak gangster Tai Long. Dari segi komedi juga filem ini berjaya, lebih-lebih lagi watak Zizan sebagai penyeri filem yang sarat dengan aksi ganas.

BACA  Leonardo DiCaprio Habiskan 5 Jam Untuk Solekan Kesan Khas Gigitan Beruang dalam The Revenant

Sinopsis

Dua adik-beradik, Malek dan Jai mula berkecimpung dalam dunia gangster selepas bapa mereka meninggal dunia sepuluh tahun lalu. Selepas kematian bapa mereka, Malek, Jai dan ibu mereka sering diugut oleh gangster berikutan hutangnya bapa yang masih belum dilangsaikan. Akibat terdesak, Jai sanggup melakukan apa sahaja termasuk jenayah asalkan mendapat duit banyak. Tingkahlaku Jai ditentang oleh Malek dan ibu mereka sehingga mengakibatkan keluarga mereka tidak bersatu. Perkara bertambah buruk apabila Malek mengetahui adiknya, Shera telah dirogol dan ibunya disahkan menghidap kanser.

Klasifikasi: 18
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 3 Oktober 2013
Bahasa: Malay
Pengedar: PRIMEWORKS STUDIOS
Pengarah: Syamsul Yusof
Pelakon: Aaron Aziz, Adi Putra, Syamsul Yusof, Zizan Razak, Sofi Jikan, Rosyam Nor

Trailer KL Gangster 2

Komen Anda