Acara, Fesyen, Pilihan

Kempen kecantikan kulit ‘Let’s Talk Skin Science’ dari Eucerin

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Kempen kecantikan kulit ‘Let’s Talk Skin Science’ dari Eucerin

4

IKLAN

Jenama penjagaan kulit terkenal iaitu Eucerin® telah melancarkan kempen ‘Let’s Talk Skin Science’ di Roadshow yang diadakan di 1-Utama Old Concourse selama 5 hari yang berakhir Ahad, 1 September 2013 lalu. Untuk pengetahuan pembaca Wanista.com, kempen ‘Let’s Talk Skin Science’ ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia terhadap penjagaan kesihatan klinikal kulit sekali gus memahami prinsip-prinsip sains kulit.

2

3

12

 Pakar perubatan kulit, Doktor Mohamed Abu Bakar Siddique merupakan antara doktor yang menyarankan Eucerin®. Sebagai individu yang menghadapi masalah akne/jerawat dan parut jerawatsejak kecil, Dr. Siddique sangat mengerti rasa kurangnya keyakinan diri akibat masalah kulit yang teruk. Rawatan penjagaan kulit klinikal membantunya mengatasi isu-isu tersebut dan mengembalikan keyakinannya bersama kulit yang sihat dan bersih seperti sekarang. Sebagai pengguna prolifik produk Eucerin®, Doktor Mohamed Abu Bakar Siddique telah dipanggil untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuannya tentang penjagaan kulit pada Bengkel Media Blogger Eucerin® yang diadakan di House+Co pada 29 Julai lalu. Memang masalah kulit di wajah seperti jerawat dan parut memerlukan rawatan kulit klinikal yang baik supaya ianya hilang atau berkurangan.

1

Bagi membuktikan bahawa kempen ‘Let’s Talk Skin Science’ bukan sekadar kempen untuk kepentingan produk, Eucerin® membuat keputusan bagi berkolaborasi bersama Watsons sebagai rakan kongsi yang memberikan sokongan terhadap penjagaan kulit perubatan. Pihak Eucerin® kini menyediakan medium yang membolehkan pelanggan berbincang dengan pakar kulit mengenai solusi terbaik untuk masalah kulit mereka. Menggunakan teknologi paten Eucerin® baharu, mesin kulit kini berupaya mengenal pasti masalah kulit menerusi analisis yang terperinci. Teknologi baharu ini diuji dalam masa 4 minggu menerusi cabaran transformasi kulit yang melibatkan peserta jemputan daripada Bengkel Blogger Media Eucerin® yang diberikan produk-produk penjagaan kulit Eucerin® daripada rangkaian DermoPURIFYER bagi menunjukkan contoh realiti tentang sains perubatan kulit.

Rangkaian DermoPURIFYER Eucerin® boleh didapati di farmasi-farmasi utama, Watsons, Guardian, Caring dan kaunter farmasi hospital sejak tahun 2011.

IKLAN