Fesyen, Pilihan, Review, Review - Fesyen

[ Review ] Kulit cantik dengan rawatan wajah Silkpeel DermalInfusion Treatment di Face Factors Clinic

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Review ] Kulit cantik dengan rawatan wajah Silkpeel DermalInfusion Treatment di Face Factors Clinic

9

Kami telah berpeluang untuk mencuba rawatan kecantikan Silkpeel DermalInfusion Treatment di Face Factors Clinic yang terletak di Solaris Dutamas ( berhampiran pusat beli belah Publika ). Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan rawatan kecantikan seperti suntikan filler, terapi plasenta, suntikan vitamin C dan glutathione,  rawatan kecantikan badan, manicure/pedicure dan pelbagai lagi. Mereka juga ada menyediakan pakej rawatan kecantikan untuk bakal pengantin yang ingin tampil lebih cantik dan berseri di hari bahagia mereka. Pendek kata, ia merupakan pusat sehenti kecantikan untuk para wanita di luar sana.

2

5

Yang menariknya, rawatan wajah Silkpeel DermalInfusion Treatment ini hanya mengambil masa selama 30 minit hingga 45 minit sahaja dan kesannya boleh dilihat biarpun rawatan tidak memakan masa yang lama. Untuk rawatan ini, mereka akan menggunakan cecair solusi yang sesuai dengan jenis kulit anda dan ianya terdiri dari beberapa jenis iaitu :

  • Skin Clarifying Solution with Salicylic Acid untuk merawat jerawat pada wajah.
  • Skin Hydration Solution with Sodium Hyaluronic Acid and Aloe untuk merawat kulit wajah kering.
  • Lumixyl Pro-Infusion untuk merawat pigmentasi.
  • Vitamin C Skin Hydration Solution with Antioxidants untuk detox dan memberi kesan keremajaan pada kulit wajah.
BACA  Bergaya Di Musim Panas Dengan Koleksi Selena Gomez x PUMA Cali Series!

12

Silkpeel DermalInfusion Treatment ini menggabungkan pengelupasan bukan invasif  tanpa menggunakan bahan penggelupasan kimia kristal yang boleh merosakkan kulit anda. Anda tidak perlu bimbang tentang kulit gatal-gatal atau radang. Dalam masa kira-kira 30 minit, pengelupasan basah oleh SilkPeel ini memberikan kulit anda kesan selembut sutera, terhidrat, terang, dan sihat dan ia terbukti selepas kami melakukan rawatan wajah ini.

6

7

8

10

5

11

Sel-sel kulit mati berkumpul di permukaan kulit kita dan menyebabkan liang pori tersumbat sekaligus menyebabkan kulit wajah mengelupas. Dengan rawatan SilkPeel yang menggunakan teknologi kristal bebas, kotoran ini perlahan-lahan hilang, dan memudahkan pertumbuhan sel baru untuk meremajakan kulit anda.

BACA  Jenama Pakaian Dalam 6IXTY8IGHT Buka Gedung Di Sunway Pyramid

Kebaikan rawatan 

  • Melicinkan kulit dan menghidrat untuk kilauan segar pada wajah.
  • Menghilangkan kotoran pada liang pori wajah dan mengurangkan jerawat.
  • Mencerahkan pigmentasi untuk kulit wajah yang seragam dan sekata.
  • Anti-penuaan dan faedah anti-oksida yang kuat.

Harga rawatan 

Di Face Factor Clinic, harga untuk satu sesi rawatan Silkpeel hanya sebanyak RM400 ( harga promosi rawatan kali pertama RM200 ) , atau kira-kira RM2, 000 untuk kos rawatan penuh iaitu sebanyak 5 kali rawatan . (bergantung kepada keadaan kulit).

Anda boleh hubungi Face Factor Clinic untuk sebarang pertanyaan atau pergi terus ke pusat kecantikan :

FACE FACTORS CLINIC

D3-G4-2, No.1, Solaris Dutamas,
Jalan Dutamas, Sri Hartamas,
50480 Kuala Lumpur.

Dibuka dari jam 9 pagi hingga 8 malam ( Isnin  hingga Sabtu )

Untuk tempahan : 03-6205 3508

Emel : facefactorsclinic@gmail.com

Facebook Page : Face Factors Clinic FB

Gambar diambil menggunakan telefon pintar Nokia Lumia 720

14

1

2

3

4

 

harga

Leave a Reply
Your email address will not be published. *