Berita & Isu Semasa, Pilihan

Guru lelaki ditahan isu liwat murid 8 tahun

Wanista.com
/
Guru lelaki ditahan isu liwat murid 8 tahun

20130923-111556.jpg

Sadis! Begitulah apa yang kami fikirkan setelah membaca berita di akhbar utama dimana seorang guru agama yang berpangkat ustaz telah ditahan gara-gara kes liwat ke atas seorang pelajar lelaki berumur 8 tahun di Selayang.

Tertuduh yang berumur 28 tahun telah ditangkap selepas bapa mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Selayang. Bapanya merasa hairan dan pelik apabila anaknya tidak mahu mengikuti kelas tuisyen guru agama berkenaan dan selepas diselidiki, mangsa menceritakan apa yang berlaku kepadanya setiap kali dia ke kelas tuisyen di rumah guru berkenaan kepada bapanya. Pihak polis juga merampas cadar dan sarung bantal milik suspek di rumahnya bagi membantu siasatan dan dia direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377 Kanun Keseksaan.

Kami kasihan kepada budak lelaki itu yang tidak tahu apa-apa dan menjadi mangsa kerakusan manusia yang bertopengkan hawa nafsu. Ustaz pula tu!

Komen Anda