Kesihatan, Pilihan, Review, Review - Makanan

[ Review Makanan ] Promosi minuman kopi percuma dan set istimewa Cafe Baci di Citta Mall Ara Damansara

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Review Makanan ] Promosi minuman kopi percuma dan set istimewa Cafe Baci di Citta Mall Ara Damansara

IMG_4976

Untuk pengetahuan anda,  Hari Kopi Antarabangsa International (juga dikenali sebagai Hari Kopi atau International Coffee Day ) yang merupakan satu acara tahunan yang jatuh pada 29 September 2013 di beberapa negara di seluruh dunia untuk meraikan keseronokan minum minuman yang popular di seluruh dunia itu. Pada hari itu juga, ramai yang turut mempromosikan kopi istimewa mereka dan menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran mengenai nasib penanam kopi di seluruh dunia, dan berkongsi kisah cinta peminum kopi di kalangan penduduk dunia. Hari ini, kopi adalah salah satu komoditi yang paling diniagakan di dunia, dan malah, bagi sesetengah orang, kopi adalah minuman wajib yang diperlukan untuk memulakan hari mereka.

Memandangkan Hari Kopi Antarabangsa disambut pada 29 September setiap tahun, kafe Baci yang  terletak di Citta Mall, Ara Damansara iaitu kafe yang menggunakan sentuhan gaya Eropah akan meraikan hari kopi sedunia dengan promosi selama sebulan untuk minuman kopi berperisa yang baru diperkenalkan.

baci-cafe-promo

Pelanggan boleh memilih satu daripada pilihan kopi berperisa vanilla, karamel, hazelnut , tiramisu dan butterscotch dan juga beserta dengan pencuci mulut yang popular seperti red velvet, kek pisang dan kek keju dan lain-lain dengan harga istimewa iaitu hanya RM19.90.

Selain itu juga, Baci Cafe turut mengadakan promosi minuman kopi percuma ( semua jenis minuman kopi di  Baci Cafe ) pada 29 September 2013 ( Ahad ) bermula jam 10 pagi hingga 2 petang. ( Makan di cafe sahaja ) 

Pihak cafe Baci juga telah menunjukkan coffee art oleh barista berpengalaman iaitu Encik Boyd Yat yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun tentang kopi.

Bagi anda yang ingin mencuba kopi istimewa disini,anda boleh layari http://www.baci.com.my/

Alamat :

IKLAN

Cafe Baci
Bistro Italiana (TG) Sdn Bhd (764162-W)
Lot G47, Ground Floor, Citta Mall
No.1, Jalan PJU 1A/48, Ara Damansara
47301 Petaling Jaya, Selangor

Gambar diambil menggunakan kamera telefon pintar Nokia Lumia 720

IMG_4959

IMG_4956

IMG_4955

IMG_4954

IMG_4950

IMG_4947

Suasana yang santai di cafe Baci yang terletak di pusat beli belah Citta Mall di Ara Damansara

IMG_4941

IMG_4936

IMG_4935

IMG_4933

IMG_4932

IMG_4931

IKLAN