Kesihatan, Pilihan

Dapatkan buku panduan hidup dan kesihatan selebriti Jojo Struys : Jojo Struys’s Guide to Wellness

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Dapatkan buku panduan hidup dan kesihatan selebriti Jojo Struys : Jojo Struys’s Guide to Wellness

Jojo with Mum and Dad_1

Selebriti Jojo Struys telah melancarkan buku terbaru beliau yang bertajuk Jojo Struys’s Guide to Wellness pada 10 September 2013 di Starbucks,Bangsar Village 2. Ini merupakan buku yang keempat di dalam Siri Masterclass MPH iaitu barisan buku yang ditulis oleh pakar tempatan yang berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dalam bidang khusus.  Buku terbaharu yang berharga RM35.90 sarat dengan kata nasihat dan informasi praktikal bagaimana untuk menjaga badan, minda dan jiwa dengan semua elemen yang betul untuk mencapai kesejahteraan yang maksimum.

Buku ini mengandungi 11 bab, yang mana penuh dengan tips dan nasihat yang berguna untuk semua orang yang bercita-cita untuk mencapai skala kesihatan yang baik. Topik termasuk pengurusan berat badan, insomnia,berurusan dengan kemarahan, kemurungan, tekanan, harga diri serta bersenam.
Jojo, dengan minat yang mendalam tentang gaya hidup sihat, adalah merupakan guru kesihatan. Beliau menulis artikel, mengendalikan bengkel dan menghasilkan rancangan televisyen yang mengkhususkan tentang kesihatan. Beliau juga telah menerbitkan dua CD kesihatan. Saya juga sempat menyingkap helaian di dalam buku berwarna hijau epal ini dan ternyatanya tipsnya mudah dibaca kerana ditulis di dalam bentuk point. 

 Jojo Struys’s Guide to Wellness diterbitkan oleh MPH Group Publishing, boleh didapati di semua kedai buku utama pada harga RM35.90. Ia juga akan disediakan dalam bentuk e-book tidak lama lagi. Di majlis pelancaran buku tersebut, antara selebriti yang hadir termasuk Carven Ong, Amber Chia, Toh Kong Eu, Atilia Haron, Yasmin Hani, Patricia Knudsen, Aishah Sinclair, Chelsia Ng dan Xandria Ooi. Sementara itu blogger Cheeser, Soo Wincci, Ben Ibrahim, Joey G, Yuri Wong dan Hansen Lee juga turut memeriahkan suasana.

BACA  Rupanya Ni Sebab Makin Gemuk Selepas Kahwin

Jojo with book

Jojo and Friends_3

Group Shot_4

Group Shot with Book_4

Jojo Autograph_1

Jojo Interview_2

Jojo with Mum and Dad_2

Leave a Reply
Your email address will not be published. *