Acara, Info Menarik, Pilihan, Review, Review - Lain-lain

[ Acara/ Teknologi ] Pelancaran telefon pintar Alcatel ONETOUCH, ONETOUCH IDOL X, harga RM999 di Lazada

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Acara/ Teknologi ] Pelancaran telefon pintar Alcatel ONETOUCH, ONETOUCH IDOL X, harga RM999 di Lazada

1

Telefon pintar ALCATEL ONETOUCH, ONETOUCH IDOL X, merupakan jawapan kepada telefon yang sarat dengan ciri-ciri berkuasa. Inilah telefon pintar bagi pengguna yang mengutamakan citarasa, rekabentuk menarik dan prestasi terbaik. Telefon pintar ini mempunyai paparan 5-inci Full HD IPS yang mempunyai badan yang nipis serta pemproses quad-core 1.5 GHz.

2

Telefon ONETOUCH IDOL X juga mempunyai paparan 5-inci Full HD hujung-ke-hujung dipasang rapi dalam ruang yang teramat padat senipis 6.9mm. telefon ONETOUCH IDOL X mengasyikkan. Bezel “0” menghidupkan telefon dengan memenuhinya dengan kandungan yang anda kehendaki, ditunjukkan dengan begitu menarik pada paparannya. Teknologi pelaminaan penuh memastikan tiada jurang di antara paparan hablur cecair (LCD) dan panel sesentuh. Penghantaran cahaya yang lebih tinggi memudahkan paparan telefon dibaca baik di bawah sinaran matahari terang mahupun di dalam gelap, manakala In-plane Switching Technology (IPS) menawarkan sudut penglihatan  yang terbaik di pasaran pada 170 darjah. Nikmati imej berkualiti tinggi yang diambil menggunakan kamera 13.1 Megapixel di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

BACA  Dalam Empat Situasi Panik, Apa Yang Kamu Selamatkan Dahulu?

alcatel

 Cara penggunaan peranti ini yang tersusun memberikan pengalaman penggunaan Android yang terbaik. Bagi memudahkan penggunaan, ONETOUCH LIVE menawarkan pelbagai aplikasi yang menarik untuk dimuat turun, jadi anda boleh  menjadikan telefon anda mengikut citarasa anda yang tersendiri dengan mudah.

alcatel-2

HARGA RUNCIT

Harga runcit disyorkan bagi ALCATEL ONETOUCH IDOL X ialah RM1,099, dan didatangkan dalam warna-warna menarik Red dan Slate.

ALCATEL ONETOUCH IDOL X akan dijual secara eksklusif di Lazada.com.my untuk tempoh yang terhad pada harga istimewa RM999. Lazada, gedung membeli-belah online yang paling pesat berkembang di Malaysia, menawarkan perkhidmatan yang pertama seumpamanya di Malaysia seperti penghantaran percuma di seluruh negara, polisi pemulangan 14 hari dan pilihan pembayaran yang selamat seperti bayar waktu terima.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *