Fesyen, Pilihan, Review, Review - Fesyen

[Tips Cantik ] Pelihara tangan anda supaya awet muda dan cantik dengan Krim Tangan Hada Labo dari Jepun

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[Tips Cantik ] Pelihara tangan anda supaya awet muda dan cantik dengan Krim Tangan Hada Labo dari Jepun

Hada_Labo_Hand_Cream_Pack

Bagi wanita di luar sana, memelihara kecantikan wajah sahaja tidak cukup tau. Selain itu juga anda perlulah memelihara tubuh badan yang lain supaya kelihatan cantik dan awet muda. Memperkenalkan, Krim Tangan Hada Labo yang diformulasi dengan ramuan kelembapan terulung Super Hyaluronic Acid dan minyak esensial yang mampu melembapkan kulit dan juga mengekalkan lembapan pada kulit. Penggunaan minyak esensial semula jadi dalam krim ini memberikan aroma yang hebat dan menenangkan. Teksturnya amat ringan dan tidak berminyak.

 Penggunaan yang kerap dapat membantu meningkatkan tahap kelembapan kulit dan menjadikan kulit tangan lebih anjal dan muda. Ia mempunyai keseimbangan pH dan bebas daripada alkohol, pewarna, pewangi dan minyak mineral yang menjadikannnya cukup sempurna untuk apa jua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.

BACA  Hadiahkan Anak Dengan Koleksi Fesyen Gah PUMA x Sesame Workshop

Deep Moisturizing Hand Cream

Krim tangan ini adalah produk paling sempurna untuk mereka yang mengalami masalah kulit tangan yang kering dan nyah hidrasi. Ia mengandungi Hyaluronic Acid, Super Hyaluronic Acid dan Oat b-Glucose yang meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk pelembapan mendalam. Dirumus dengan Bulgarian Rose Hydrosol dan tiga jenis minyak esensial Ros untuk melega dan menenangkan kulit, di samping memberikan keharuman yang merelaksasikan dan membekalkan keseimbangan emosi. Ia juga mengandungi ramuan anti-oksida Vitamin E dan Minyak Biji Macadamia Ternifolia dari Australia, yang memiliki kuasa lembapan yang amat baik untuk mengembalikan kelembutan kulit.

BACA  Boleh Beli Koleksi Fesyen Harry Potter Dari Spao Malaysia!

Whitening Hand Cream  

Inginkan sepasang tangan awet muda yang cerah berseri? Cubalah Hada Labo Whitening Hand Cream yang diperkaya dengan gabungan ramuan Super Hyaluronic Acid, agen pencerahan semula jadi Arbutin dan minyak esensial Lavender dari Eropah yang berfungsi untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan kehalusan kulit tangan. Minyak esensial mengandungi haruman yang menenangkan dan melegakan kulit yang stress. Ia juga mengandungi Vitamin E dan B5 untuk membantu memulihkan kulit kering.

 

Hada Labo Deep Moisturizing Hand Cream (50g), RM19.90 dan Hada Labo Whitening Hand Cream (50g), RM19.90 boleh didapati secara eksklusif di Watsons.

Leave a Reply
Your email address will not be published. *