Fesyen, Pilihan, Review, Review - Fesyen

Promosi dan perasmian butik pakaian Terranova pertama di Malaysia di Sunway Pyramid hari ini ( 10 gambar )

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
Promosi dan perasmian butik pakaian Terranova pertama di Malaysia di Sunway Pyramid hari ini ( 10  gambar )

11

IKLAN

Butik Terranova melancarkan kedai yang pertama di Malaysia hari ini di Sunway Pyramid Shopping Mall,Sunway. Butik  antarabangsa dari  Itali ini yang berkeluasan 6,000 kaki persegi  dan terletak di Lower Ground floor ini menjual pakaian untuk wanita,lelaki,kanak-kanak dan juga aksesori yang unik serta up-to-date. Terranova juga katanya akan membuat cawangan keduanya di Melaka tidak lama lagi.

Pelanggan beratur sejak 1.30 petang semasa majlis perasmian dan bakal membawa pulang tote eksklusif Terranova, T- shirt ( perempuan / lelaki) dan baucar diskaun 20 % setiap  seorang dan hanya 150 pelanggan pertama sahaja yang mendapat keistimewaan itu.

Sejak dilancarkan pada tahun 1988, jenama Terranova yang terkenal di Itali mempunyai cawangan  di 34 buah negara di seluruh dunia dengan sejumlah 571 kedai. Gaya fesyen Terranova ini menonjol, mudah didekati , up- to-date , santai dan rugged. Kedai Terranova di Sunway Pyramid menawarkan lebih 1,000 gaya yang berbeza dengan harga pakaian dan aksesori di antara RM19.00 ke RM299.00 .  Bagi anda yang sukakan fesyen terkini yang ranggi dan harga berpatutan, Terranova lah tempatnya. Selamat membeli belah!

PROMOSI

Bermula 30 Ogos dan seterusnya , pembeli akan menikmati diskaun promosi pembukaan kedai iaitu ( sementara stok masih ada ) :

1) 30 Ogos 2013 hingga 8 September 2013 – Percuma beg tote dengan pembelian bernilai RM150 * dalam satu resit
2) 9 September 2013 hingga 22 September 2013 – 20% baucar diskaun dengan pembelian RM150 * dalam satu resit
3) 23 September 2013 hingga 30 September 2013 – Percuma t -shirt dengan pembelian bernilai RM120 * dalam satu resit
* Tertakluk kepada terma & syarat

Lokasi butik pakaian Terranova : LG 1.06, LG 1.07 & 1.10, Lower Ground Floor, Sunway Pyramid

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.terranovastyle.com atau www.facebook.com/terranovamalaysia

IKLAN

Gambar diambil menggunakan kamera telefon pintar Nokia Lumia 720

12

10

9

8

7

6

5

4

3

2

1