Acara, Gossip, Gossip Tempatan

Pementasan Teater P.Ramlee the Musical di Kuching, Sarawak September ini

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Pementasan Teater P.Ramlee the Musical di Kuching, Sarawak September ini

SONY DSC

IKLAN

Bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan negeri Sarawak, pihak kerajaan negeri tersebut telah memberi penghormatan istimewa kepada Tan Sri P.Ramlee. Oleh itu, salah satu acara untuk memberi penghormtan kepada lagenda P.Ramlee adalah melalui Pementasan Teater P.Ramlee the Musical.

P.Ramlee the Musical dijadualkan pada 9 dan 10 September 2013 bertempat di Borneo Convention Centre, Kuching Sarawak. Teater ini akan diarahkan oleh Pat Ibrahim dan dibantu oleh Melissa Saila. Manakala antara pelakon yang bakal menjayakan teater lagenda yang disegani ini adalah Tony Eusoff, Nadia Aqilah Baiduri, Elly Mazlein dan juga Datin Seri Tiara Jacquelina.

  • Tony Eusoff sebagai P.Ramlee
  • Nadia Aqilah Baiduri sebagai Junaidah(isteri pertama P.Ramlee)
  • Tiara Jacquelina sebagai Norizan(isteri kedua)
  • Elly Mazlein sebagai Saloma(isteri ketiga)

Bagi penduduk Kuching, Sarawak yang ingin mendapatkan tiket menyaksikan pementasan teater P.Ramlee the Musical boleh telefon ke 08 2415894 atau 08 2235418.

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

SONY DSC

IKLAN
Leave a Reply
Your email address will not be published. *