Info Menarik, Pilihan, Review, Review - Lain-lain

[ Teknologi ] Review telefon pintar Nokia Lumia 720 : 5 Fakta Menarik

Aida Sue
/
Seorang pencinta sosial media, Aida Sue bukan hanya menulis, tetapi juga seorang tweep dan Instagrammer yang setia. Suka makan, fesyen, kopi dan melancong. Twitter/Instagram : @AidaSue
[ Teknologi ] Review telefon pintar Nokia Lumia 720 : 5 Fakta Menarik

Nokia Lumia 920

Kami di Wanista.com telah diberi penghargaan untuk mencuba telefon hebat Nokia Lumia 720. Telefon pintar yang beroperasi menggunakan sistem Windows 8 ini adalah seberat 128 gram dengan resolusi 4.3 inci dengan teknologi paparan ClearBlack dan mempunyai prosesor sepantas 1GHz Dual Core Qualcomm S4

Perbandingan saiz antara Nokia Lumia 920, Samsung dan iPhone
Perbandingan saiz antara Nokia Lumia 720, Samsung dan iPhone

Berikut kami kongsikan beberapa fakta menarik tentang telefon keluaran negara Finland ini.

1) Harga yang berpatutan untuk telefon pintar yang memang pintar!

2) Ia berkebolehan untuk cas tanpa wayar (wireless charging). Dengan menambah aksesori plat pengecas dan wireless charging cover, anda cuma perlu letakkan Lumia beserta cover di atas plat tersebut, dan dah! Biarkan dia cas sendiri. Bagus kan?

3) Bagi pencinta Instagram, siapa kata guna operasi sistem Windows tak boleh guna Instagram? Nokia ada Instance!

4) Skrinnya diperbuat daripada Gorilla Glass, bermaksud anda tak perlu risau tentang calar-balar, dan anda sedia ada keselamatan terhadap skrin yang lebih sekiranya anda terjatuhkan Nokia Lumia 720 anda!

5) Tak tahu nama bangunan bersejarah? Gunalah HERE City Lense.

Dengan menggunakan HERE City Lens, anda boleh mencari kawasan-kawasan pelancongan, kedai pasaraya, hospital, taman rumah kenduri kahwin rakan anda dan pelbagai lokasi lain lagi. Selain itu, HERE City Lens boleh digunakan diseluruh negara khususnya Malaysia. Oleh itu, sesiapa yang gusar tentang kebolehan penggunaan aplikasi ini yang terbatas, ianya sudah tidak menjadi masalah lagi.

Sumber: Teratak Terendak

wp_ss_20130208_0001
HERE City Lense digunakan di Pulau Pinang

Apa yang paling kami sukai tentang Nokia Lumia 720 ini ialah skrinnya yang terang dan sharp, selain dari kualiti kameranya yang sangat cantik. Di bawah ini, ada beberapa gambar perbandingan antara telefon pintar X dan Nokia Lumia 720. Kamera Nokia Lumia 720 mempunyai resolusi 6.7 MP dengan optik dari Carl Zeiss, beserta fungsi autofokus dan LED flash. Anda lihat sendiri dan bandingkan kualiti gambar ini. Berbeza kan?

Bahagian belakang dan kamera Nokia Lumia 920
Bahagian belakang dan kamera Nokia Lumia 720

Selain daripada itu, aplikasi yang dibangunkan di bawah Windows seperti yang terdapat dalam telefon ini hampir kesemuanya mempunya antaramuka yang cantik. Contohnya Twitter dan Facebook. Bagi peminat gajet, tentunya ia satu pengalaman yang menarik dan ‘menyegarkan’ melihat antaramuka yang berlainan dari yang selalu kita lihat di telefon pintar jenis lain.

Sistem operasi Nokia Lumia 920 juga laju. Bayangkan kami mengambil masa kurang dari 30 saat untuk ‘attach’ gambar ke email, membuka aplikasi dan mengambil gambar! Jadi bagaimana? Mahukah anda jadi antara pemilik telefon pintar Windows? Tepuk dada, tanya selera. Bagi kami, ianya sangat berbaloi!

Leave a Reply
Your email address will not be published. *